suria

Warna hingus boleh cerita masalah kesihatan anda... awas jika keluar lendir hitam!

Warna hingus boleh menceritakan tentang masalah kesihatan yang dialami.

TERDAPAT pelbagai cara untuk mengetahui keadaan kesihatan kita, salah satunya adalah warna hingus atau lendir yang keluar daripada hidung.

Hingus sebenarnya berfungsi melindungi hidung daripada debu, bakteria dan pelbagai benda asing yang berbahaya daripada memasuki bahagian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan abaikan, ada sebab kuku berubah 5 warna ini... mungkin petanda anda perlu berjumpa doktor!

Warna hingus yang dihembus juga boleh menunjukkan keadaan kesihatan kita - sama ada sihat, mengalami demam, selesema, elergi atau gangguan kesihatan berbahaya lain.



Hingus berwarna hijau menunjukkan sistem imunisasi badan sedang melawan jangkitan.

1. Jernih

Warna hingus yang jernih menunjukkan bahawa tubuh anda berada dalam keadaan baik. Sebahagian besar lendir itu terdiri daripada air, protein, antibodi dan garam yang terlarut.

Jaringan pada hidung juga menghasilkan hingus setiap hari dan sebahagian besar mengalir ke bahagian belakang kerongkong untuk dilarutkan di dalam perut.

2. Putih

Warna hingus putih menunjukkan kita sedang mengalami sesak nafas. Jaringan yang bengkak dan keradangan pada hidung dapat melambatkan aliran hingus.

Perkara itu berlaku disebabkan hidung kehilangan kelembapan sehingga lendir yang dihasilkan menjadi kental dan bertukar warna.

3. Kuning

Barangkali hingus berwarna kuning paling biasa kita lihat dan ia sering berlaku ketika sedang selesema. Ia juga petanda ada jangkitan sedang berkembang dalam tubuh kita.

Ketika jangkitan berlaku, sel imunisasi tubuh termasuk sel darah putih akan bergerak menuju ke kawasan jangkitan. Setelah sel imunisasi itu berasa 'letih' melawan jangkitan, ia akan bertukar menjadi mukosa dan membuatkan warna hingus menjadi kekuningan.



Warna hingus yang jernih menunjukkan bahawa tubuh anda berada dalam keadaan baik.

4. Hijau

Hijau menunjukkan bahawa sistem imunisasi badan kita sedang benar-benar melawan jangkitan. Kebiasaannya, hingus juga akan menjadi lebih kental kerana ia bercampur dengan sel darah putih yang sudah mati selain sisa-sisa sel imunisasi yang lain.

5. Merah muda, cokelat

Lendir atau hingus yang berwarna merah muda atau cokelat menunjukkan kehadiran darah. Biasanya, ia berlaku disebabkan terdapat kerosakan pada jaringan hidung disebabkan hidung dalam keadaan kering atau luka.

6. Hitam

Jika anda bukan perokok atau pengguna ubat-ubatan terlarang, lendir atau hingus berwarna hitam menunjukkan berlaku jangkitan disebabkan bakteria yang serius.

Jangkitan ini biasanya terjadi pada individu yang mempunyai sistem kekebalan tubuh lemah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain