Mahu biasakan norma baharu? Jom amalkan gaya hidup sihat sejahtera... imbangi kerja-kehidupan

Memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka.

NAMPAKNYA semakin ramai mengejar untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali mula mengambil perhatian terhadap kesihatan mereka untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesejahteraan bukan sahaja bermakna tiada penyakit atau keupayaan, malah turut merangkumi keadaan fizikal, mental dan kesejahteraan sosial.

Laporan Pemakanan Global 2018 mendapati 32.4 peratus rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 18.5 peratus lagi kategori obes.

Maka tidak hairanlah keprihatinan kesihatan dalam populasi Malaysia menunjukkan angka peningkatan. Apakah ia dalam erti kata sihat sebenar?

Diet membentuk asas kesihatan yang baik. Tapi jangan lupa, anda adalah apa yang anda makan.

Bagaimanapun, gaya hidup pantas dan moden dilihat menyumbang kepada tabiat pemakanan yang buruk.

Bayangkan, rakyat Malaysia bekerja selama 46 jam seminggu, antara waktu kerja terpanjang di Asia Tenggara, sekali gus menyebabkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan tidak begitu baik.

Dengan jangkaan populasi lebih 15 peratus rakyat Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas menjelang 2030, maka adalah lebih penting untuk menghargai gaya hidup sihat.

Justeru, ia perlu diamalkan lebih awal, dan bukannya bermula ketika usia penuaan.

Ketika ini, masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu, menjadikan kesihatan dan kesejahteraan berada di kedudukan teratas!

Perkasa hidup sejahtera

Bagi menanganinya, peneraju produk kesihatan semula jadi, Blackmores Malaysia mengadakan kerjasama dengan peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Watsons, untuk menerajui revolusi kesihatan bagi rakyat Malaysia menerusi National Wellness Movement atau Kempen Kesejahteraan Nasional.

Kempen Kesejahteraan Nasional Blackmores x Watsons merupakan inisiatif bersepadu yang memperkasakan rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan mereka.

Kempen ini berazam untuk memberi pendedahan bahawa betapa mudahnya untuk menjadi sihat - samada memilih makanan sihat, mengambil makanan tambahan, menjadi lebih aktif, atau mendapat tidur yang cukup setiap hari. Ia adalah kempen yang menggalakkan rakyat Malaysia agar menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.



Undian Kempen Kesejahteraan Nasional yang dijalankan oleh Blackmores.

Inisiatif buat pertama kali itu menyaksikan undian Kempen Kesejahteraan Nasional yang berlangsung selama dua minggu, yang bertujuan untuk memahami kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Seramai 1,316 rakyat Malaysia berumur 25 hingga 45 tahun, menjawab 10 soalan berkaitan kesihatan.

Keputusan infografik menunjukkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia berasa letih dan lesu sepanjang hari, manakala sembilan daripada 10 responden merasai tekanan.

Namun, hanya 33 peratus yang memakan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran secara berkala seperti yang disarankan oleh pakar pemakanan, manakala hanya 30 peratus responden melakukan senaman lebih dari tiga kali seminggu.

Sesuatu yang mengejutkan bukan?



Menerajui revolusi kesejahteraan bagi rakyat Malaysia.

Imbangi kerja-kehidupan

Pengurus negara Blackmores Malaysia, Eddy Ong berkata, pihaknya percaya dapat memberikan sumbangan yang nyata kepada agenda kesihatan awam di Malaysia.

"Dan yang paling penting adalah membantu dan menyokong pengguna untuk menjalani kehidupan lebih baik dan sihat.

"Kempen Kesejahteraan Nasional berharap dapat memupuk kesedaran mengenai pentingnya meluangkan masa untuk menjaga diri secara fizikal, mental dan emosi.

""Pemerkasaan tersebut adalah amat penting terutama dalam negara di mana masyarakatnya berdepan dengan kesukaran untuk mengimbangi kerja-kehidupan, mengalami tekanan yang tinggi dan pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, Watsons merupakan pusat sehenti untuk produk kesihatan dan kesejahteraan diri.

"Kesejahteraan pelanggan adalah keutamaan kami dan Blackmores merupakan suplemen kesihatan semula jadi yang ideal bagi membantu pelanggan kami menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik.

"Kami berhasrat untuk menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik kepada pelanggan kami menerusi Kempen Kesejahteraan Nasional," katanya.

Berdasarkan pandangan yang dikumpulkan dari tinjauan tersebut, Blackmores x Watsons Kempen Kesejahteraan Nasional akan melancarkan satu siri aktiviti bertema yang menarik sepanjang tahun.

Ia merangkumi bengkel kesihatan dan kecergasan, pertandingan, premium edisi terhad, dan promosi secara eksklusif di rangkaian Watsons di seluruh negara.

Aktiviti pertama bertemakan Everyday Best bersesuaian dengan Hari Kesihatan Sedunia, manakala tema lain yang dirancang tahun ini adalah Hearty Heart semasa Hari Jantung Sedunia, Keep Moving to coincide with Hari Artritis Dunia dan Gorgeous Women sempena sambutan akhir tahun.

Rangkaian suplemen kesihatan Blackmores menyediakan pendorong yang anda perlukan, bagi mengaktifkan hidup anda dan membantu kepada penjagaan diri anda setiap hari, terutama dalam era norma baharu.

Menerusi suplemen yang mengandungi multivitamin dan mineral sebagai sokongan nutrisi, ia dapat membantu memelihara kesihatan anda setiap hari dengan keperluan vitamin dan mineral penting.

Manfaat vitamin

Untuk menangani tekanan, nutrien seperti vitamin C, vitamin kumpulan B seperti vitamin B6, vitamin B5, zink dan magnesium adalah penting untuk menyokong fungsi tubuh dan mengekalkan tubuh yang sihat. Oleh itu, suplemen yang ideal harus mengandungi gabungan vitamin kumpulan B dan magnesium serta zink.

Antiosidan pula adalah amat penting untuk mengatasi kesan negatif daripada radikal-radikal bebas dalam tubuh. Antioksidan terkandung dalam vitamin C, vitamin E, zink, selenium dan biji anggur dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin B6 dan asid folik pula merupakan vitamin yang dapat meningkatkan keberkesanan dalam menentang radikal bebas.

Umum sedia maklum bahawa vitamin C juga adalah penting untuk imuniti, yang terlibat dalam ratusan proses biologi. Vitamic C juga terlibat dalam penghasilan kolagen, yang diperlukan untuk memperbaiki luka.

Sehubungan itu, pilihlah formulasi yang paling sesuai untuk keperluan harian anda, seperti ekstrak sitrus bioflavonoid yang membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C atau formula bagi pelepasan perlahan untuk kadar penyerapan yang berpanjangan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari laman web Blackmores dan Watsons atau ikuti Facebook Blackmores Malaysia, dan Facebook Watsons Malaysia dan Instagram Watsons Malaysia

Ketahui lebih lanjut mengenai produk Blackmores dan bacaan topik berkaitan kesihatan di Blackmores/Products dan Blackmores/Health Topics

Rujukan: (1) MADSA (2019). Industry Status & Outlook Report, 20th Edition. Malaysia Dietary Supplement Association

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain