suria

Tahap vitamin D tinggi mampu kurangkan risiko kematian akibat Covid-19

Vitamin D amat penting dalam badan manusia bagi menghalang penyakit berbahaya.

TAHAP vitamin D yang rendah boleh menyebabkan risiko kematian akibat Covid-19 yang lebih tinggi, demikian hasil kajian yang dijalankan.

Penyelidikan ini melihat tahap purata vitamin D dari 20 negara Eropah dan dibandingkan dengan kadar jangkitan dan kematian koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan anggap topeng muka merimaskan... kajian dedah virus Covid-19 boleh tersebar melalui pernafasan, percakapan!

Bagaimanapun data tersebut belum dikaji semula dan diteliti oleh saintis dan penyelidik lain.

Sekumpulan saintis dari Hospital Queen Elizabeth Hospital Foundation Trust dan University of East Anglia menulis dalam kajian itu: "Kami percaya dan boleh menasihatkan bahawa suplemen Vitamin D melindungi jangkitan SARS-CoV2."

Maklumat ini menyokong kajian yang dilakukan sebelum ini yang juga mendapati bahawa tahap vitamin D yang lebih tinggi dapat meningkatkan peluang seseorang untuk sembuh dari virus pembunuh itu.



Tahap Vitamin D yang tinggi mampu mengurangkan risiko kematian Covid-19.

Bagi menyokong hasil penemuan itu, University of Granada kini menjalankan percubaan selama 10 minggu untuk mengetahui lebih lanjut selepas Trinity College Dublin mendapati bahawa orang dewasa yang mengambil suplemen vitamin D telah menyaksikan penurunan 50 peratus jangkitan di bahagian dada.

Kajian terbaharu itu menggunakan data yang sudah dikumpul mengenai tahap pengambilan suplemen Vitamin D.

Ini termasuk penyelidikan dari kajian komprehensif pada tahun 2019 yang diketuai oleh Profesor Paul Lips yang merupakan pakar perubatan dalaman di Universiti Vrije Amsterdam, Belanda.

Kajian ini melihat tahap vitamin D di Eropah dan Timur Tengah.

Beribu-ribu individu telah dikaji dan ujian tersebut melibatkan pengukuran tahap Vitamin D.

Vitamin D memasuki tubuh melalui makanan tertentu, seperti ikan dan cendawan, atau dengan mendedahkan kulit pada sinar matahari.

Namun diingatkan terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama tidak digalakkan, cukup lima hingga 10 minit di luar rumah setiap hari untuk menghasilkan Vitamin D.- Dailystar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Vitamin D, Suplemen

Artikel Lain