Tahukah anda... Kopi antara minuman terbaik buat pesakit diabetes - Famili | mStar

Tahukah anda... Kopi antara minuman terbaik buat pesakit diabetes

SERAMAI 425 juta orang menderita penyakit diabetes di seluruh dunia, demikian menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF).

Penghidap diabetes sebenarnya boleh menjalani kehidupan sihat seperti orang lain sekiranya menjalani gaya hidup sihat, termasuk bersenam dan menjaga pemakanan.

Tidak hanya tentang makanan, golongan ini juga perlu mengambil berat mengenai pengambilan minuman terutamanya yang mengandungi gula.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau suka jagung, jangan buang bulunya... ada banyak khasiatnya!

Bagaimanapun masih terdapat beberapa jenis minuman yang boleh dinikmati oleh pesakit diabetes.

Persatuan Diabetes Amerika Syarikat (ADA) menyarankan minuman tanpa kalori atau rendah kalori baik untuk mencegah peningkatan gula dalam darah.

Berikut adalah tiga jenis minuman terbaik yang harus diamalkan pesakit diabetes;

1. Kopi

Kajian yang dilakukan pada 2012 mendapati kopi bukan sahaja sesuai diminum oleh pesakit diabetes, malah dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit kencing manis jenis 2. Risiko itu dapat dikurangkan sekiranya seseorang itu minum kopi dua atau tiga cawan sehari.

Tapi ada syaratnya! Kopi harus diminum tanpa gula. Menambah gula dan susu dapat meningkatkan jumlah kalori sekaligus dapat meningkatkan kadar gula dalam darah.

2. Teh herba

Teh herba adalah salah satu pilihan terbaik untuk penderita diabetes. Ia bukan sahaja sihat tetapi mempunyai rasa yang enak. Ia dapat membantu mengurangkan masalah peradangan yang biasa dihadapi pesakit ini.

3. Jus buah dan sayuran

Jus buah mungkin mengandungi gula tapi jika dicampur dengan sayur-sayuran hijau ia memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan termasuk vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh pesakit diabetes.

Diabetes , Kopi , Jus , Teh Herba

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain