suria

Jangan sampai hilang kawan kerana sikap panas baran anda! Kalau mahu berubah, cuba 4 cara ini

Sikap panas baran boleh memberi kesan kepada sesebuah perhubungan.

SIKAP mudah marah, cepat melenting boleh membawa kepada pelbagai situasi yang mengeruhkan lagi keadaan. Lebih teruk lagi apabila emosi itu boleh melukakan hati orang lain atau sesiapa sahaja yang terkena tempiasnya.

Memang diakui, bukan mudah untuk mengawal perasaan cepat marah atau panas baran ini kerana ia 'hadir' tanpa dijangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda mungkin tergolong dalam kategori OCD, kenali tanda-tanda awal

Silap haribulan, sikap buruk ini boleh menyebabkan anda hilang kawan, tak kiralah yang rapat atau tidak.

Tapi jangan risau! Selagi anda ada keinginan untuk berubah, bolehlah berusaha memberi fokus kepada empat tip mudah ini agar ia sikap negatif itu dapat dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikurangkan.

1. Tarik nafas

Sebelum mengeluarkan kata-kata marah, anda perlu diam dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tenangkan diri sendiri dan fokus bahawa kemarahan ini akan menyebabkan banyak kesakitan dalam diri dan mengganggu hubungan.

Paling berkesan, seelok-eloknya anda beredar ke tempat lain yang boleh membuatkan anda tenang.

Individu yang mengalami sikap cepat marah perlu mendapatkan bantuan daripada pakar terapi.

2. Bercakap dengan diri sendiri

Jika anda sedang marah, pasti ada suara dalam diri yang memberi arahan kepada anda. Biarkan diri anda berfikir dengan perkara-perkara yang menggembirakan serta imej yang positif dalam fikiran.

Ya, memang sukar kerana suara negatif telah menguasai diri. Namun apabila anda biarkan imej yang positif bermain di fikiran, ia boleh membuatkan akan kembali OK.

3. Humor

Cuba tukarkan situasi tegang anda itu dengan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira. Sentiasa berada dengan kumpulan yang mempunyai sifat kelakar. Sekurang-kurangnya anda tidak terlalu cenderung untuk berasa marah.

4. Cari bantuan

Sekiranya sudah sedar anda mempunyai sikap cepat marah, pergilah berjumpa dengan pakar terapi yang boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Semakin lama anda biarkan, hidup anda pasti akan lebih sengsara. - Indianexpress.com

Marah, Panas Baran, Tip

Artikel Lain