suria

Tip elak bajet ‘lari’ ketika beli kelengkapan sekolah

Membeli kelengkapan sekolah lebih awal boleh membantu ibu bapa merancang perbelanjaan sekeluarga. Foto: Bernama

MUSIM cuti sekolah sudah pun tiba dan seperti biasa ia berlarutan sehingga akhir Disember ini.

Bagi golongan ibu bapa, inilah juga 'waktu' rehat seketika daripada tanggungjawab menguruskan hal ehwal persekolahan harian anak-anak mereka.

Dalam tempoh cuti ini, ibu bapa digalakkan tidak leka dengan persiapaan baharu menjelang persekolan yang dibuka awal Januari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Koleksi Toms-Star Wars kembali ‘menyerang’, rekaan edisi ke-2 buat anda sekeluarga!

Persediaaan awal seperti membeli baju, kasut, peralatan belajar, beg sekolah dan sebagainya amat penting, lebih-lebih lagi jika mempunyai lebih daripada seorang anak.

Beberapa langkah perbelanjaan di bawah mungkin boleh membantu ibu bapa mengurangkan beban perbelanjaan mereka;

Jangan tunggu sehingga akhir tahun untuk membeli pakaian sekolah anak-anak. Foto: CHAN BOON KAI/ The Star

1. Jangan tamak

Sempena musim cuti sekolah, banyak pasar raya menawarkan harga-harga diskaun terhadap kelengkapan persekolahan. Jadi ibu bapa perlu membuat bajet sendiri untuk setiap anak mengikut keperluan, bukannya kehendak. 

2. Uniform masih elok

Bagi anak-anak yang sudah bersekolah, mungkin uniform sebelum ini masih elok, jadi anda boleh tambah pakaian baharu sehelai sahaja. 

3. Kasut sekolah

Tidak perlu membazir membeli sehingga tiga pasang seorang. Cukup sekadar bersederhana kerana kasut sekolah bewarna hitam lebih mudah dijaga. Kecuali jika anak anda pelajar lasak, mungkin anda boleh standby sepasang lagi selepas beberapa bulan bermulanya sesi persekolahan tahun depan.

Begitu juga stokin, biasanya budak lelaki lebih kerap pulang dengan stokin berlubang. Jadi, cara paling elok siapkan stok untuk masa kecemasaan dan beli ketika adanya promosi. Lebih jimat!


Ibu bapa perlu lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak. Foto: CHAN BOON KAI/The Star

4. Alat tulis

Peralatan menulis sama ada pensil, pen, pembaris, pemadam dan pensil warna juga antara yang perlu disediakan untuk kegunaan anak-anak. Beli stok jika ada tawaran diskaun dan simpan di tempat khusus kerana biasanya barang-barang yang dibawa murid sekolah rendah kerap 'hilang' sama ada mereka lalai atau tersalah letak di kelas. 

5. Pelajar sekolah menengah

Biasanya bagi yang akan berpindah dari sekolah rendah ke peringkat menengah tentu sekali uniform baharu diperlukan. Bagaimanapun, kerenah pelajar sekolah menengah semestinya berbeza berbanding murid di sekolah rendah, tentunya lebih tenang menjelang musim persekolahan nanti. 

Bagaimanapun, ragam si remaja ini lain pula caranya kerana peralatan sekolah yang baharu seperti beg atau alatan tulis yang diinginkan tentu sekali dengan design lebih matang.

6. Beli awal

Apa yang penting, ibu bapa jangan tunggu hingga akhir Disember untuk menyiapkan semua kelengkapan sekolah anak-anak. Kelengkapan tersebut disarankan dibeli lebih awal kerana selepas itu anda perlu memikirkan pula yuran persekolahan dan buku anak-anak.

Tips, ibu bapa, bajet, baju sekolah

Artikel Lain