suria

Musim tengkujuh tiba lagi, apa kata ambil maklum tip penting hadapi banjir

Musim banjir mula melanda di kawasan Pantai Timur.

BAGI penduduk di negeri sebelah Pantai Timur, tiga bulan terakhir setiap tahun merupakan tempoh berwaspada kerana berdapan musim hujan yang panjang.

Bagi mereka yang sudah lali dengan musim tengkujuh ini, pastinya persiapan awal telah dibuat bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku.

Sikap ambil peduli dan waspada boleh melancarkan operasi pihak berkuasa dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini.

ARTIKEL BERKAITAN:  Alami masalah kulit dan rambut, apa kata cuba tip berasaskan minyak sapi ini

Sejak hujung bulan lalu, banyak laporan dan amaran banjir bakal melanda di kawasan pantai Timur sepeti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dan terbaharu, dilaporkan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15,126 orang melibatkan 4,901 keluarga sehingga Selasa.

Berikut adalah beberapa langkah atau persiapan penting ketika berdepan dengan gelombang banjir;

Pindah segera di tempat yang lebih selamat.

Sebelum Banjir

1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan memahami sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir setempat.

2. Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.

3. Pastikan di mana letaknya pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat perancangan dan latihan pemindahan kecemasan.

4. Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.

5. Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

6. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Awasi kanak-kanak yang bermain air banjir.

Semasa Banjir 

1. Bersedia dengan peralatan kecemasan. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

2. Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.Elakkan melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.

3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

5. Jangan minum air banjir

Sentiasa merujuk kepada pasukan penyelamat dan dengara arahan untuk berpindah.

6. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.

7. Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau di siang hari, ianya lebih mudah dan selamat.

8. Guna laluan yang ditentukan kerana jalan singkat mungkin terhalang akibat bencana yang melanda.

Mode, banjir, tip, sebelum banjir


Artikel Berkaitan

Artikel Lain