Awas kaum wanita! Jangan jadi mangsa penderaan alam maya - Famili | mStar

Awas kaum wanita! Jangan jadi mangsa penderaan alam maya

Wanita seringkali menjadi mangsa penderaan mental di alam maya. Gambar hiasan.

KEGANASAN rumah tangga bukan perkara baharu dalam sesebuah perkahwinan dan pastinya wanita sering kali menjadi mangsa.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa keganasan terhadap wanita bukan sahaja berlaku secara langsung, sebaliknya golongan ini turut berdepan dengan penderaan mental atas talian.

Pelbagai kempen penderaan terhadap wanita telah dianjurkan seluruh dunia seperti #MeToo, #TimesUp, #Niunamenos dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyakit mental, kesan antara sinergi rawatan Islam dan psikiatri

Bukan sahaja persekitaran fizikal, ramai wanita terjebak dengan buli siber sehingga membawa kepada penderaan alam maya.

Sosial media adalah medan 'penderaan' tanpa kita sedari.

Bagaimanapun, kaum wanita boleh mengelak berlakunya penderaan alam maya dengan mengambil beberapa langkah keselamatan ketika melayari halaman media sosial terutamanya Facebook.

1. Berhati-hati apabila membenarkan 'friend request' di media sosial.

2. Anda berhak memilih siapa boleh melihat atau berkongsi posting di media sosial.

3. Tutup tag cadangan (suggestion) di Facebook dan platform lain di media sosial.

4. Hadkan jumlah individu yang boleh mencari nama anda menggunakan platform media sosial.

5. Jika seseorang berkongsi gambar tanpa kebenaran, anda berhak membuat laporan.

Dera , Facebook , Wanita

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain