suria

Kulit lemon jangan dibuang, mampu atasi pelbagai jenis penyakit

Kulit lemon mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

LEMON mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan, malah paling mudah disediakan sebagai minuman harian sebagai salah satu cara untuk detox.

Lebih daripada itu, lemon turut digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Memang tidak dinafikan lemon mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat kepada pengguna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

ARTIKEL BERKAITAN:  Alami masalah kulit dan rambut, apa kata cuba tip berasaskan minyak sapi ini

Lebih menarik, kulitnya juga mempunyai faedah semulajadi.

1. Nilai nutrisi

Kulit lemon mempunyai nilai nutrasi yang tinggi. Ianya kaya dengan karbohidrat, serta protien, lemak dan vitamin C.

Tambahnya pula, ia turut mempunyak jumlah kecil kalsium, potasium dan magnesium.

Kulit lemon penuh dengan vitamin C.

2. Kesihatan mulut

Kulit lemon juga dipercayai baik untuk kesihatan mulut kerana ia boleh membantu gusi mengelak daripada sebarang jangkitan, gigi berlubang, dan penyakit yang disebabkan bakteria.

Menurut pakar, kulit lemon memgandungi antibakteria yang boleh menghentikan perkembangan mikro organisma.

Kajian sebelum ini menemui empat bahan dalam kulit lemon yang secara efektif menghalang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan bakteria.

Kulit lemon juga boleh mengurangkan masalah gusi.

3. Antioksidan

Kulit lemon kaya dengan antioxsidan dalam tubuh.

Fakta mengatakan kulit lemon mempunyai aktioksidan yang kuat berbanding anggur atau oren, sekali gus ia boleh meningkatkan imuniti dalam badan.

4. Kesihatan jantung

Dengan adanya kompaun seperti vitamin C, dan pektin yang merupakan serat utama dalam kulit lemon, masalah seperti darah tinggi, kolestrol dan obesiti boleh dikurangkan.

Pektin juga dijadikan sebagai ejen mengurangkan tahap kolestrol dengan pembentukan asid hempedu.

Kulit lemon boleh membantu bagi kesihatan jantung.

5. Anti-kanser

Ia juga dipercayai boleh mengurangkan beberapa risiko kanser, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perut.

Kajian mendapati jika ianya dicampur dengan teh, ia mampu menghalang pembiakan sel kanser. Vitamin C yang terdapat dalam kulit lemon ini dipercayai boleh meningkatkan sel darah putih.

Lemon, Kulit, Penyakit, Faedah

Artikel Lain