suria

Nak bawa anak-anak tengok movie, ada 5 filem sesuai ditonton sekeluarga cuti sekolah ini

Lima filem terbaharu dijangka menjadi tarikan sepanjang musim cuti sekolah ini.

PELBAGAI perancangan untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah yang sudah pun bermula hujung minggu lalu sehingga akhir Disember ini.

Pastinya ibu bapa sudah merancang aktiviti-aktiviti bersama anak-anak mereka sepanjang cuti panjang ini.

Bagi ibu bapa yang masih merancang untuk anak-anak, apa kata selitkan juga aktiviti menonton wayang bersama keluarga dengan beberapa filem yang bakal ditayangkan sepanjang musim cuti ini.

1. Frozen 2 (sedang ditayangkan)

Pelakon: Cast: Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad

Pengarah: Jennifer Lee, Chris Buck

Cerita animasi terkenal yang menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan terutamanya mengisahkan seorang ratu mempunyai kuasa luar biasa dan adiknya bersama beberapa watak lain berusaha menyelamatkan kerajaannya.

Pelbagai adegan menarik yang ditunjukkan dalam filem kedua ini. 'Frozen 2': An epic sequel that surpasses the original

2. Ejen Ali: The Movie (28 Nov)

Pelakon:  Ida Rahayu, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini, Shafiq Isa, Fadhli Shafian

Pengarah:  Usamah ZaidFilem animasi Ejen Ali The Movie kali ini mengisahkan tentang Ejen Ali yang bangkit menentang satu ancaman baharu yang ingin memusnahkan Cyberaya untuk mencetuskan pemerintahan baharu.

3. Jumanji: The Next Level (5 Disember)

Pelakon: Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Danny Glover, Danny DeVito

Pengarah: Jake Kasdan

Filem trailer terbaharu ini bakal menjanjikan lebih banyak aksi yang menarik daripada tiga watak utama Bethany, Martha dan Fridge yang berani sekali lagi memasuki dunia video permainan Jumanji demi menyelamatkan kawan mereka, Spencer.

Namun ada sesuatu yang berlaku dalam permainan kali ini dan mereka perlu menambah dua pemain baharu, Milo dan Eddie.

4. Shaun The Sheep Movie 2: Farmageddon (12 Dis)

Pelakon: Justin Fletcher, John Sparkes, Kate HarbourPengarah: Richard Starzak

Selamat kembali ke Farm Mossy Bottom yang indah. Shaun dan Flock perlu melindungi ladang dari pencerobohan asing.

Mampukan mereka menghalang pencerobohan itu? Bagaimanakah keadaan Flock tanpa Shaun?

5. Spies In Disguise (25 Dis)

Pelakon: Will Smith, Tom Holland, Rashida Jones, Karen Gillan, DJ Khaled

Pengarah: Nick Bruno, Troy Quane

Pengintip terbesar dunia, Lance Sterling  mengejar pengganas Tristan McFord yang menggunakan teknologi dengan bantuan Walter.

Lebih sukar, Walter adalah genius yang mencipta peralatan menyelamat yang digunakan Sterling sebelum ini.

Lebih malang buat Sterling apabila dia terminum salah satu serpihan eksperimen Walter yang menyebabkan dia bertukar menjadi seekor burung merpati.

Mampukah Lance menyelamatkan dunia dan mengalahkan musuh mereka?

Artikel Lain