suria

Jangan tegur secara kasar antara tip hormati kanak-kanak

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.

ANAK merupakan pengikat kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mahupun penjaga membesarkan anak-anak dalam suasana yang rasional dan harmoni bagi memastikan pembesaran mereka positif daripada segi psikologi.

Apa yang penting layan kanak-kanak dengan penuh hormat dan memahami setiap setuasi yang dilalui mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah rancang aktiviti bersama anak cuti sekolah ini? Apa kata ambil kira 5 tip ini

Beberapa tip di bawah ini mungkin boleh membantu anda untuk mengetahui bagaimana melayan kanak-kanak dengan penuh hormat;

Ibu bapa sentiasa perlu menyokong minat anak-anak mereka.


1. Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan dan galakkan kepada anak-anak yang boleh memberi kesan baik dari segi hormati diri sendiri.

2. Sentiasa tunjukkan kasih sayang terhadap anak anda. Hubungan fizikal seperti pelukan atau ciuman manja mampu membuatkan ikatan yang kuat dengan anak anda.

Jangan lokek memberi pujian kepada anak-anak anda.

3. Jangan biarkan kemarahan atau kekecewaan anda terhadap anak-anak berpanjangan. Sekiranya anda memperlakukan anak-anak dengan hormat, mereka tidak akan takut kepada anda.

4.Jangan menghancurkan impian anak anda.

Elak lepas kemarahan kepada anak-anak anda.

5. Tiada siapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan dan anak anda tidak terkecuali. Jangan tegur anak-anak secara kasar apabila mereka melakukan sesuatu yang salah, kerana berbuat demikian boleh menghancurkan semangat mereka. Kanak-kanak sering berbuat demikian (salah) sekiranya ibu bapa berterusan memberitahu perkara yang sama.

6. Cuba mencari masa untuk bermain dengan anak-anak anda walaupun mempunyai waktu yang terhad.

Sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja situasi yang anak-anak anda lalui.

7. Sentiasa tunjukkan kepada anak-anak anda betapa anda ambil berat dan sayang kepada mereka.

Hormat, kanak-kanak, ibu bapa

Artikel Lain