Tahukah anda terapi wap, teh hijau dapat bantu perokok 'bersihkan' paru-paru - Famili | mStar

Tahukah anda terapi wap, teh hijau dapat bantu perokok 'bersihkan' paru-paru

Meninggalkan tabiat merokok bukan mudah tetapi terdapat beberapa cara boleh dilakukan jika ada tekad dan usaha.

SEBAGAI salah satu organ yang mempunyai peranan vital pada tubuh manusia, paru-paru perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

Bagi yang sering terdedah kepada pencemaran udara serta merokok, cara membersihkan paru-paru perlu dilakukan dalam membantu menjaga fungsi organ penting itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar penyedap makanan, asam jawa berkesan kawal diabetes dan kolesterol

Ya! Paru-paru boleh 'dibersihkan' daripada kekotoran namun bukan dengan ubat-ubatan, suplemen mahupun produk detox yang berada di pasaran.

Sebaliknya proses natural kerana secara dasarnya paru-paru mampu membersihkan dirinya sendiri dan menjadi tugas kita untuk memastikan organ itu berada dalam keadaan baik.

Kaedah membersihkan paru-paru yang disenaraikan ini boleh membantu menyingkirkan tompokan lendir pada paru-paru, bakteria serta kuman.

1. Berhenti merokok

Berhenti merokok adalah cara membersihkan paru-paru paling efektif. Ini kerana apabila seseorang berbuat demikian, paru-paru akan mula membersihkan dirinya sendiri.

Ia bukan sahaja membersihkan dirinya sendiri tetapi sekaligus mengurangkan risiko penyakit berkaitan paru-paru termasuk kanser.

2. Bersenam secara teratur

Senaman secara teratur termasuk bagi yang merokok atau mempunyai penyakit berkaitan paru-paru boleh membantu proses restorasi organ itu ketika tempoh penyembuhan.

3. Terapi wap

Terapi wap biasanya dilakukan apabila seseorang mengalami masalah resdung atau hidung tersumbat ketika selesema.

Ia juga membantu dalam membuka 'jalan' pernafasan selain mengeluarkan lendir-lendir di bahagian paru-paru untuk kering dan hilang.

Bagaimanapun ia hanyalah penyelesaian sementara dan tidak terbukti secara saintifik dalam memberi kesan jangka panjang.

4. Latihan pernafasan

Latihan pernafasan dapat membantu membersihkan paru-paru dalam meningkatkan fungsinya terutama bagi perokok dan bekas perokok.

5. Teh hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan inflamasi atau radang paru-paru. Minuman ini juga dapat membantu melindungi jaringan organ itu ketika menyedut asap.

Rokok , Paru-Paru , Organ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain