Alami masalah kulit dan rambut, apa kata cuba tip berasaskan minyak sapi ini

Pelbagai khasiat terkandung dalam minyak sapi sesuai untuk menangani masalah kulit dan rambut.

MINYAK sapi terhasil daripada kandungan lemak sihat yang boleh membantu setiap individu memanjakan diri.

Bahan penyedap makanan ini telah lama menjadi sebahagian hidup, budaya dan hidangan pelbagai masyarakat.

Ketahui bagaimana ia mampu membantu menyihatkan kulit dan juga rambut anda.

Minyak sapi dibuat daripada mentega tanpa garam yang direneh sehingga kesemua air telah habis dididih dan protein mendap. Kemudian, cecair lemak susu disenduk perlahan-lahan tanpa mengganggu mendakan susu. Minyak sapi mampu bertahan lama dalam simpanan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Namun, ia perlu diletakkan dalam simpanan yang kedap udara bagi mengelakkan  pengoksidaan dan dikekalkan kelembapannya.

Minyak sapi dipercayai bermula dibuat di India, yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau bahan perisa makanan untuk masakan orang India dan juga orang Mesir.

Kandungan asid lemaknya membolehkan minyak sapi menyerap dan menghidrat pelbagai jenis kulit, sekali gus ia penyelesaian masalah penuaan yang semulajadi.

Selain kulit, ia juga bahan berkesan untuk penjagaan rambut. Jika seseorang itu berhadapan masalah rambut rosak, kering dan kerinting tentu sekali minyak sapi adalah jawapannya.

Malahan, kombinasi titisan minyak sapi dan minyak zaitun atau minyak kelapa dapat menghasilkan sesuatu yang begitu berkesan untuk menangani rambut bermasalah.


Masalah kulit

Jika kerap menggunakan minyak sapi, ia dapat melembapkan kulit didalam dan menjadikan muka lebih glowing. Perlu diingat, apa yang anda makan akan terpancar pada diri anda. Pada masa sama ia akan memberi khasiat kepada rambut supaya ia lebih bersinar, lembut dan sihat. Bahan antioksidan dalam minyak sapi juga membantu memperbaiki sistem imunisasi.


Bibir gelap dan pecah

Titis minyak sapi pada jari anda dan sapu pada bibir. Biarkan semalaman. Keesokannya anda dapat merasakan perbezaannya apabila bibir lebih lembut dan empuk.


Lingkaran gelap

Gantikan krim bawah mata dan serum dengan minyak sapi. Ia lebih murah dan tentu selain lebih berkesan. Sapukan minyak sapu pada kelopak mata dan bawah mata setiap malam sebelum tidur. Bilas keesokan paginya dengan air biasa.

                                                       Wajah dan bibir akan lebih glowing serta lembut dengan pes campuran minyak sapi.

Kulit kusam

Pulihkan kulit kusam denan menggunakan minyak sapi. Caranya mudah, campurkan minyak sapi dengan susu mentah dan tepung kacang untuk menjadikan pes pekat. Sapukan pes ke muka dan leher dan biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum bilas menggunakan air sejuk.


Kulit kering

Panaskan minyak sapi hingga agak suam-suam kuku dan ratakan pada badan anda sebelum mandi untuk mendapatkan kulit yang lebih lembut dan licin. Jika muka anda kering, apa kata campurkan minyak sapi dengan air sebelum urut sekitar wajah anda. Bilas selepas 15 minit untuk mendapatkan kulit lembut.


Hidratkan rambut

Kurangnya kelembapan antara faktor utama rambut kelihatan kusam, kering dan rosak. Oleh itu, minyak sapi yang kaya dengan asid lemak dapat membantu menangani masalah kulit kepala dan folikel apabila bersifat menghidratkan rambut dan memastikan ia kekal sihat.


                                                         Rambut akan lebih lembut, bersinar jika kerap menggunakan minyak sapi.


Perbaiki tekstur rambut

Menyapu minyak sapi pada rambut dan kulit kepala dapat memperbaiki tekstur serta menjadikan rambut anda lebih lembut dan bersinar. Caranya dengan memanaskan sesudu minyak sapi hingga cair dan kemudian ratakan pada kulit kepala dan rambut. Biarkan untuk beberapa jam sebelum dicuci dengan syampu.


Tangani rambut kerinting

Minyak sapi mengandungi tekstur berminyak yang berkesan untuk memperbaiki tekstur rambut secara drastik. Bukan sahaja ia dapat mengurangkan rambut kerinting, malahan ia dapat melicinkan rambut panjang anda. Bahan ini juga dapat menyinarkan dan menjadikan rambut lebih ikal. Caranya dengan mencairkan minyak sapi dan ratakan ketika ia masih panas. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci menggunakan air panas dan syampu yang sederhana kuat.


Masalah hujung rambut terbelah

Salah satu sebab hujung rambut terbelah kerana ia kurang berkhasiat. Kaya dengan vitamin A, D, K2, E dan anti oksidan membuatkan minyak sapi berguna untuk masalah ini. Panaskan minyak sapi dan sapukan pada rambut hingga ke hujungnya. Selepas kira-kira sejam, bilas dengan syampu sederhana dan air sejuk.-indiaexpress.com
































minyak sapi, kulit kusam, rambut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain