suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koleksi Toms-Star Wars kembali ‘menyerang’, rekaan edisi ke-2 buat anda sekeluarga!

Paling best, Toms dan Star Wars tidak hanya mengeluarkan koleksi untuk lelaki tetapi wanita serta kanak-kanak.

KEJAYAAN koleksi yang dilancarkan pada musim panas lalu membuatkan jenama kasut terkenal Toms dan Star Wars kembali bergabung buat kali kedua.

Kali ini kedua-dua jenama terkenal itu memperkenalkan koleksi kasut yang mengangkat karekter daripada filem blokbuster berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 3 jenis kaki elak tumit, betis sakit akibat tersalah pilih kasut

Paling best, Toms dan Star Wars tidak hanya mengeluarkan koleksi untuk lelaki, malahan juga menawarkan rekaan khusus buat wanita serta kanak-kanak.

Toms dan Star Wars pertama kali melancarkan koleksi pada musim panas lalu. 

Toms menerusi koleksi terbaharu itu bukan sekadar dikeluarkan untuk mengaut keuntungan tetapi juga sebahagian jualannya akan dimasukkan ke dalam tabung 'One For One'.

Ia bertujuan menyumbang sepasang kasut atau cermin mata kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Menawarkan kasut dari "galaksi yang jauh, jauh", Toms telah melancarkan koleksi Star Wars kedua dengan antara lain, model yang mewakili R2-D2, Luke Skywalker, dan Princess Leia.

Itu belum termasuk koleksi kasut yang diilhamkan daripada topi keledar Luke Sykwalker, kasut tahan air yang diinspirasikan daripada jumpsuit Princess Lea dan Yoda.

Toms, Star Wars

Artikel Lain