suria

Kenali 3 jenis kaki elak tumit, betis sakit akibat tersalah pilih kasut

Kenali jenis tapak kaki terlebih dahulu sebelum membeli kasut.

SETIAP manusia mempunyai bentuk kaki yang berbeza-beza, sekaligus menjadikan pelbagai jenis kasut direka untuk memberi keselesaan kepada si pemakai.

Lebih daripada itu, seeloknya anda tahu jenis kaki sendiri sebelum membeli kasut.

Berdasarkan kajian yang dilakukan Foot Scientific, kaki manusia terbahagi kepada tiga jenis. 

1. Pronation (flat feet)

Pemilik kaki jenis pronation akan kelihatan sepeti tidak selari.


Tapak kaki yang rata di antara ibu kaki hingga tumit.

Mereka yang mempunyai tapak kaki leper ini perlu berhati-hati memilih kasut yang bersesuaian kerana jika tersalah, ia boleh memberi kesan kepada bahagian buku lali.

Ia juga boleh memberi kesan kepada bahagian tisu betis.

2. Neutral (normal)

Bentuk tapak kaki normal jarang berdepan dengan masalah sakit di bahagian tumit.


Tapak kaki normal ini mempunyai lengkungan di antara ibu jari dengan tumit.

Ia adalah bentuk tapak kaki yang normal kepada kebanyakan individu dan dapat membantu mengimbangkan pergerakan kerana buku lali dan tumit adalah selari.

3. Cavovarus (high arch)

Pemilihan tapak kaki jenis Cavovarus perlu lebih berhati-hati memilih kasut kerana ia boleh memberi kesakan kesakitan di bahagian tumit dan betis.


Tapak kaki jenis ini mempunyai lengkungan besar antara ibu jari hingga ke tumit.

Individu yang mempunyai bentuk tapak kaki ini perlu lebih bijak memilih kasut yang hendak dipakai kerana ia boleh memberi kesan sakit di bahagian tumit dan betis jika tersalah memilih.

Kebiasaannya, tapak kaki seperti ini lebih ramai dalam kalangan ahli sukan terutama atlet pecut. - FootScientific


Artikel Lain