Atasi masalah kutikula antara 5 manfaat dan kegunaan lain krim mata yang perlu anda tahu - Mode | mStar

Atasi masalah kutikula antara 5 manfaat dan kegunaan lain krim mata yang perlu anda tahu

Masalah lebam atau kusam dibahagian mata adalah perkara biasa namun ada cara boleh dilakukan untuk menghilangkannya.

KRIM mata selalu jadi pilihan untuk mengatasi segala masalah kulit yang berlaku di sekitar deria penglihatan kita.

Masalah biasa di bahagian ini termasuklah lebam atau hitam di sekeliling mata, kedutan dan garis-garis halus yang mana ia boleh diatasi dengan menggunakan krim secara rutin pada waktu pagi dan malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja penyeri kek, ketahui 5 manfaat blueberry untuk kulit dan rambut

Tapi tahukah anda produk untuk merawat bahagian mata juga memiliki banyak khasiat lain yang sesuai juga digunakan untuk kulit di bahagian lain?

Selain memberi nutrisi kepada kulit yang kering di bahagian mata, berikut 5 manfaat lain krim mata yang perlu anda tahu:

1. Melambatkan tanda penuaan kulit

Penuaan kulit dapat dilihat melalui garis-garis halus di sekitar mata dan keadaan ini boleh menjadi salah satu masalah yang dapat diatasi dengan krim mata jika digunakan secara rutin kerana ia mengandungi retinol, vitamin C, Vitamin E dan asid hyaluronic yang berfungsi sebagai formula anti-penuaan sekali gus mampu membantu mencerahkan kulit bahagian tersebut.

Memetik Healthtrends, retinol yang menjadi komponen utama dalam krim mata dipercayai dapat mengurangkan garis halus dan kedut pada wajah.

Sementara, vitamin C berfungsi sebagai antioksidan, Vitamin E sebagai pelindung kulit dari kerosakan, serta asid hyaluronic menjadi komponen pelembap untuk bahagian bawah mata.

2. Melembutkan kulit bibir

Selain menjadi ‘penyelamat’ untuk masalah penuaan, krim mata juga berfungsi untuk melembutkan bibir yang kering. Dengan kandungan vitamin C yang dimiliki, ia boleh dijadikan alternatif untuk merawat kulit bibir yang kering dan pecah-pecah sekali gus nampak lebih sihat.

3. Menutrisi kulit kutikula

Kutikular sering terjadi di sekitar jari.

Kutikula merupakan bahagian kulit mati di sekitar kuku. Sering terdedah dengan sinar matahari, bahagian kulit ini mudah kering dan tidak terawat. Untuk merawatnya, sapukan sedikit krim mata ke bahagian yang kering dan ia mampu membuatkan kulit di kawasan itu lebih lembap dan sihat.

Ini kerana krim mata memiliki kandungan yang hampir sama dengan moisturizer.

4. Menghidrasi kulit wajah

Tidak sekadar merawat kulit di bahagian mata, produk rawatan krim mata juga mampu membantu membuatkan kulit lebih bersinar kerana terhidrasi dengan baik. Memiliki formula antioksidan, niacinamide dan hyaluronicacid ia sangat bermanfaat untuk merawat kulit kering.

5. Meratakan Concealer

Krim mata boleh dijadikan pilihan untuk pengganti primer untuk bahagian mata. Dengan menggunakannya sebelum mengaplikasikan concealer, ia dapat membuatkan ia lebih melekat dan lebih rata.

Mata , Krim Mata

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini