suria

Haus, perut kembung antara petanda kandungan garam dalam badan tinggi!

Garam berlebihan boleh membahayakan kesihatan.

BENAR garam itu penyedap makanan tetapi tanpa disedari yang 'sedap' itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda.

Setiap garam yang ditambah dalam masakan, maka semakin tinggi kandungan natrium yang menyelinap dalam hidangan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Smoothie dan jem, kelebihan halia untuk gaya hidup sihat

Malah pakar pemakanan Mandy Enright memberitahu, setiap makanan yang diproses atau beku ia mengandungi garam.

Mandy memberitahu setiap manusia hanya disarankan untuk mengambil 2.3 miligram (mg) atau satu sudu garam sehari tetapi kebanyakan daripada kita melebihi saranan itu.

Bagaimanapun, kajian mendapati rata-rata individu dewasa mengambil 3.4 mg garam sehari.

Pengambilan garam berlebihan bukan sahaja menyebabkan tekanan darah tinggi tetapi perkara lain.

Pun begitu ada cara untuk mengenal pasti sama ada anda sudah mengambil terlebih garam atau tidak.

1. Dahaga

Garam memainkan peranan utama dalam membantu tubuh menyeimbangkan cecair dalam badan.

Bagaimanapun sekiranya anda mengalami haus yang berterusan, tubuh anda sedang memberitahu badan anda tidak cukup air bagi memproses natrium dalam badan.

2. Perut kembung

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan perut anda kembung. Ia berlaku disebabkan kandungan natrium yang terlalu tinggi ditambah dengan kadar cecair berlebihan dalam badan menyebabkan perut kembung.

Dalam sesetengah kes, ada yang mengalami bengkak kaki dan tangan akibat degil kerana mengambil garam tanpa kawalan.

3. Sakit kepala

Pernah anda mengalami sakit kepala secara tiba-tiba? Cuba periksa makanan terakhir yang dimakan!

Terlalu banyak garam boleh menyebabkan pembuluh darah di otak mengembang sekaligus membuatkan anda rasa sakit kepala.

4. Makanan terasa hambar

Pengambilan garam berlebihan boleh mengubah selera anda dan semakin banyak garam diambil, semakin banyak yang anda perlukan bagi mengikut selera baharu anda.

Garam, Kembung Perut, Dahaga

Artikel Lain