Kereta kemalangan? Jangan panik, ini panduan untuk pemandu wanita, pasti tak kena tipu! - Famili | mStar

Kereta kemalangan? Jangan panik, ini panduan untuk pemandu wanita, pasti tak kena tipu!

Kebanyakan pemandu yang berdepan dengan situasi kemalangan akan panik, justeru amat penting untuk mengetahui panduan atau langkah ketika menghadapi situasi sedemikian.

“WANITA ni hanya tahu pandu kereta saja, yang lain tak tahu”.

Ungkapan yang memang perit untuk didengar, namun mempunyai kebenarannya.

Justeru, wanita amat digalakkan untuk mengambil tahu serba sedikit perkara berkaitan kereta sebagai persediaan jika berlaku perkara tidak dijangka seperti kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu perjalanan lancar ketika memandu? Pemandu wanita sila beri perhatian pada POWER, atau mungkin Rani Kulup boleh selamatkan anda! 

Ikuti beberapa panduan asas yang patut anda lakukan jika berdepan dengan situasi ini.

1) Bertenang, jangan panik.

Adalah normal jika berasa terkejut atau panik apabila kereta terlibat dengan kemalangan. Ambil masa beberapa minit untuk bertenang. Kemudian, keluar daripada kereta. Jika kemalangan turut melibatkan pihak lain, cuba berbincang secara baik, elakkan menuding jari atau sebagainya. Apa jua keterangan hanya patut diberikan kepada pihak polis.Dalam kes tertentu sekiranya pihak lain melarikan diri atau enggan bekerjasama, pastikan anda berjaya mencatat nombor pendaftaran keretanya.

Wanita digalakkan mengambil tahu serba sedikit perkara asas melibatkan kereta lebih-lebih lagi jika berdepan situasi tak dijangka.

2) Kumpul maklumat penting

Analisa dan cuba fahami apa yang berlaku dengan melihat lokasi kemalangan. Contohnya, kemungkinan kemalangan terjadi disebabkan memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan lain-lain. Kemudian, kumpul seberapa banyak maklumat penting pihak yang terlibat seperti nombor pendaftaran kereta, nama, nombor kad pengenalan, jenis kereta, tarikh tamat cukai jalan, nombor telefon dan masa kejadian berlaku. Jangan lupa ambil gambar penting seperti lokasi kemalangan dan kedudukan kereta . Kemudian, alihkan kereta ke tempat selamat untuk elakkan kesesakan lalu lintas.

3) Hubungi ejen insuran.

Biasanya apabila ada kemalangan, pasti ramai yang cuba menghulur ‘bantuan’. Ketika inilah ramai yang akan menawarkan perkhidmatan trak tunda. Usah terpedaya. Hubungi ejen atau syarikat insurans anda. Ceritakan apa yang berlaku dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan. Kebiasaanya syarikat insurans akan menghantar trak tunda dan membawa kereta anda terus ke bengkel panel.

Dapatkan bantuan trak tunda dari syarikat insurans, usah terpedaya dengan tawaran pihak lain.

4) Buat laporan polis

Ceritakan apa yang berlaku dan gunakan maklumat yang telah anda rekodkan sebentar tadi untuk menyokong keterangan anda. Ingat, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu kejadian. Simpan salinan laporan polis untuk tujuan tuntutan insurans. Kebiasannya, keputusan kes (selepas polis mengambil keterangan kedua-dua pihak) akan siap dalam masa beberapa hari. Ini juga adalah dokumen penting untuk ‘claim’ insurans.

5) Tuntutan insurans

Selepas urusan dengan pihak polis selesai, segeralah pergi ke bengkel panel untuk ‘claim’ insurans. Ada beberapa dokumen yang diperlukan, dan paling penting adalah polisi insurans kereta, laporan polis dan keputusan kes. 

wanita , panduan , kereta , kemalangan , ejen insurans

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain