Setahun anai-anai makan tongkat Nabi Sulaiman, baharulah semua makhluk sedar baginda wafat - Ad-din | mStar

Setahun anai-anai makan tongkat Nabi Sulaiman, baharulah semua makhluk sedar baginda wafat

Anai-anai antara haiwan yang istimewa kerana ia ialah makhluk Allah pertama yang mengetahui kewafatan Nabi Sulaiman.

KISAH Nabi Sulaiman yang mempunyai mukjizat boleh bercakap dengan haiwan dan menjadi tuan kepada golongan jin telah diceritakan dalam al-Quran.

Sulaiman yang merupakan putera kepada Nabi Daud pada zaman kanak-kanaknya merupakan seorang budak yang bijak.

Baginda telah dilatih oleh ayahandanya untuk menggantikan tempat sebagai pemerintah walaupun ia tidak disenangi oleh abangnya yang merampas takhta daripada Daud.

Akhirnya si abang mati dibunuh oleh tentera Nabi Daud yang membuat serangan balas selepas rampasan kuasa.

Selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulaiman menjalankan tugas sebagai pemerintah untuk menegakkan syiar Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong, isteri pula cabut lari namun syukur... Allah masih sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada janji meninggal dunia hari Jumaat terlepas azab kubur

Selain boleh menundukkan jin dan haiwan, Allah memberi kelebihan kepada Nabi Sulaiman dengan mengalirkan tembaga di bawah tanah untuk membolehkan baginda membangunkan kotanya yang dilakukan oleh jin.

Jin sentiasa patuh dan taat dengan perintah Nabi Sulaiman dan mereka sesekali tidak akan mengengkarinya kerana takut diseksa.

Kelebihan bercakap dengan haiwan ini turut diceritakan bagaimana Nabi Sulaiman bersama pengikutnya melalui satu lembah dikenali sebagai Lembah Semut di satu tempat bernama Asgalan.

Ketika melihat kedatangan Nabi Sulaiman bersama pengikutnya itu, salah seekor semut meminta rakan-rakannya agar masuk ke sarang kerana bimbang dipijak baginda Sulaiman dan tentera secara tidak sengaja.

Anai-anai terus meminta izin untuk memakan tongkat Nabi Sulaiman yang diperbuat daripada kayu manis kerana kelaparan yang tidak boleh dibendung namun terus tiada jawapan daripada baginda.

Mendengar perkara itu, Nabi Sulaiman ketawa melihat semut yang berada dalam ketakutan.

Kekayaan Nabi Sulaiman turut diceritakan ketika baginda menerima tetamu iaitu Puteri Balqis.

Semasa beliau dibawa berjalan dalam satu kawasan istana yang dibangunkan oleh jin, Puteri Balgis telah menyelak kainnya kerana disangkakan beliau telah memijak kawasan kolam air yang dikhuatiri akan basah.

Namun berkata Nabi Sulaiman kepada Puteri Balqis, yang dipijaknya itu ialah kaca-kaca putih yang dibina pada lantai dan dinding ruangan itu bagi menyambut kedatangannya.

Nabi Sulaiman antara raja yang terkaya di muka bumi ini dengan lantai dan bumbung istananya terdiri daripada emas.

Namun semasa baginda wafat, tiada sesiapapun mengetahuinya melainkan seekor anai-anai.

Diceritakan seekor anai-anai yang terbang bersama kumpulannya telah ditimpa musibah apabila sayapnya patah lalu dia telah terjatuh dalam istana Nabi Sulaiman.

Haiwan itu kemudian bergerak ke kawasan mihrab yang terdapat Nabi Sulaiman.

Kagum kekayaan nabi

Anai-anai yang kelaparan ketika itu kagum melihat kekayaan Nabi Sulaiman dengan  kayu manis berbalut emas permata iaitu hiasan tempat ibadat baginda.

Sesungguhnya kayu manis ialah antara makanan kesukaan haiwan itu.

Anai-anak melihat Nabi Sulaiman meletakkan dagu pada tongkatnya yang sangkaan anai-anai, baginda sedang khusyuk berzikir kepada Allah.

Ketika itu anai-anai memberanikan diri mendekati baginda dan memberi salam dengan memberitahu sayapnya patah dan perutnya lapar kerana sudah beberapa hari tak makan.

Anai-anai mahu meminta izin untuk mencari jalan keluar dari istana baginda.

Malangnya Nabi Sulaiman berdiam menyebabkan anai-anai terus mendekati tubuh baginda dan melihat mata baginda yang tidak berkelip dengan memandang ke lantai.

Minta izin makan tongkat

Anai-anai terus meminta izin untuk memakan tongkat Nabi Sulaiman yang diperbuat daripada kayu manis kerana kelaparan yang tidak boleh dibendung namun terus tiada jawapan daripada baginda.

Akhirnya selepas malam berlalu, anai-anai hinggap pada bahagian bibir dan melihat bibir baginda menjadi putih. Ketika berada di kawasan hidung pula, anai-anai tidak merasai hembusan nafas baginda.

Lalu mengertilah anai-anai bahawa Nabi Sulaiman telah wafat dan sebab itulah bagnida tidak menjawab salamnya.

Anai-anai terus berdoa kepada Allah sambil dia memakan tongkat kayu manis nabi menyebabkan tongkat tersebut menjadi rapuh dan patah sehinggakan Nabi Sulaiman terjatuh dari tempatnya.

Ketika itulah baharulah seluruh pembesar istana, jin-jin dan rakyat jelata mengetahui Nabi Sulaiman sudah wafat.

Hal itu turut diceritakan dalam al-Quran yang maksudnya; Setelah Sulaiman Kami wafatkan, maka tiadalah yang menunjukkan kematiannya melainkan binatang bumi (anai-anai) yang memakan tongkatnya. Setelah dia tertelengkup, baharulah jelas bagi jin-jin bahawa jika mereka mengetahui benda yang ghaib tentu mereka tidak akan tinggal dalam seksaan yang menghinakan itu. - Surah As-Saba (ayat 14).

Diceritakan anai-anai memakan tongkat itu selama setahun dan disebabkan jin-jin tidak tahu perkara yang ghaib iaitu kewafatan Nabi Sulaiman, mereka terus bekerja mendirikan mahligai seperti diarahkan.

Jika mereka mengetahui kewafatan baginda, nescaya jin-jin tersebut akan berhenti melakukan pekerjaan yang dianggap satu seksaan dan pekerjaan yang hina bagi mereka.

Pengajaran daripada kisah ini dapat disimpulkan agar kita tidak memandang rendah kepada semua makhluk.

Ini kerana anai-anak yang dilihat lemah dan kecil itu turut berperanan menjadi penyebab untuk orang lain mengetahui akan wafatnya Nabi Sulaiman yang tidak boleh direndahkan peranannya.

Dalam masa yang sama kisah ini memberi erti walau setinggi mana darjat seseorang, pengakirannya ialah mati manakala jin pula tidaklah sebijak mana.

Mereka yang hidup dalam alam ghaib sendiri tidak sedar akan perkara ghaib iaitu kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman , kisah nabi

Artikel Sebelum

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain