suria

Kejar pahala 1,000 bulan... Ini 5 hari mungkin berlaku Lailatul Qadar, boleh juga perhatikan petandanya

Allah menyebut Lailatul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

UMAT Islam digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah ketika di ambang 10 malam terakhir Ramadan kerana terdapat satu malam istimewa yang dipanggil Lailatul Qadar.

Malam teragung ini hanya akan berlaku pada salah satu malam sahaja dalam bulan Ramadan.

Berdasarkan ayat al-Quran dalam Surah al-Qadr, Allah menyebut Lailatul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun.

Jadi, bilakah malam Lailatul Qadar?

27 Ramadan

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Hujah mereka amat banyak, antaranya:

Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul Qadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatul Qadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

STANDALONEPIC--Crowds of people gathering at the Royal town of Kuala Kangsar to get a glimpse of the panjut (oil lamp) that was light up in conjunction with the celebration of the Harri Raya that symbolise a magnificent holy mosque.About 1500 of oil lamp (panjut) were litup.---- (29th April 2022) RONNIIE CHIN/The Star

Kita digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah ketika di ambang 10 malam terakhir Ramadan. -Gambar hiasan

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27.”

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatul Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatul Qadar pada malam yang ke-27.”

23 Ramadan

Seterusnya adalah pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

21 Ramadan

Malam Lailatul Qadar juga mungkin boleh berlaku pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”

Muslim recite the doa before Friday prayer at Al-Imam Ash-Shafie mosque in Taman Maluri during the Recovery Movement Control Order on Friday. AZMAN GHANI / The Star

Umat Islam perlu mengambil peluang untuk merebut pahala berganda dalam bulan Ramadan. -Gambar hiasan

24 Ramadan

Seterusnya adalah pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

Maksudnya: “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam 24 Ramadan.”

Malam akhir Ramadan

Selain itu, Lailatul Qadar juga mungkin boleh berlaku pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”

Alamat/petanda Lailatul Qadar

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain