suria

Was-was status halal? Apa kata buat sendiri kuetiau di rumah, boleh simpan lama dan tak mudah kering

Teknik membuat kuetiau di rumah.

MENYEDIAKAN hidangan yang bebas bahan pengawet dan perasa tambahan merupakan impian para ibu dan suri rumah.

Kesibukan waktu dan kekangan masa menyebabkan ramai yang terpaksa akur dengan bahan mentah yang dijual di pasaran.

Namun ada kalanya juga kita berasa was-was tentang status halal bahan yang dijual.

Apa kata cuti hujung minggu ini anda cuba hasilkan sendiri kuetiau mentah untuk santapan seisi keluarga.

Bukan sahaja mudah, bahan-bahan yang digunakan juga memang terdapat di dapur rumah.

Paling penting, kuetiau homemade perkongsian Fiza Mh ini boleh tahan lama dan tidak kering jika disimpan di dalam peti sejuk.

Setiap kepingan kuey teow yang siap dikukus boleh dipotong mengikut saiz yang disukai

Setiap kepingan kuetiau yang siap dikukus boleh dipotong mengikut saiz yang disukai.

Bahan-bahan:

1/2 cawan tepung ubi

1 cawan tepung beras

Sedikit minyak sayuran

1 1/2 cawan air

Loyang untuk mengukus

Cara membuat:

1. Sediakan alatan kukusan atau boleh guna kuali saja.

2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau sehingga rata, jangan sampai berketul-ketul.

3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

4. Tuang sesenduk adunan ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi.

5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7 hingga 10 minit.

6. Biarkan sejuk sekejap kemudian griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).

7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain