suria

Tip goreng ikan bilis rangup, kerangupan tahan berminggu-minggu... Penjual nasi lemak patut cuba

Ikan bilis kekal rangup selama beberapa minggu.

TAK lengkap jika hidangan nasi lemak tidak disertakan dengan ikan bilis yang rangup.

Bagaimanapun, ikan bilis yang diletakkan dalam nasi lemak bungkus biasanya mudah lemau atau masuk angin.

Bagi peniaga nasi lemak bungkus yang ingin mengekalkan kerangupan ikan bilis, anda boleh mencuba teknik gorengan yang dikongsikan Rizal Tomyam ini.

Paling menarik, ikan bilis goreng yang disimpan selama berminggu-minggu masih tetap rangup.

Bahan-bahan:

500g ikan bilis

5 sudu besar tepung jagung

Minyak masak secukupnya

Ikan bilis perlu digoreng sehingga buih tidak kelihatan.

Ikan bilis perlu digoreng sehingga buih tidak kelihatan.

Cara penyediaan:

1. Basuh ikan bilis sehingga bersih.

2. Toskan ikan bilis tadi supaya betul-betul kering.

3. Masukkan dalam bekas lain dan campurkan bersama tepung jagung.

4. Gaul hingga semua ikan bilis disaluti tepung jagung.

5. Pada masa sama, panaskan minyak.

6. Apabila minyak sudah panas, masukkan kesemua ikan bilis.

7. Pastikan kesemua ikan tenggelam di dalam minyak.

8. Goreng sehingga buih dalam kuali tiada supaya ikan bilis rangup dan tahan lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain