suria

Wanita kongsi rahsia goreng cekodok pisang rangup... Jangan ‘derhaka’ resipi, pasti dah tak lembik dan berminyak

Cekodok pisang lebih rangup apabila dimasak menggunakan teknik yang diajar.

CEKODOK pisang merupakan hidangan minum pagi dan petang yang digemari ramai serta sedap dinikmati ketika masih panas.

Lebih menyelerakan apabila tekstur luarnya rangup tetapi isi di dalam kekal lembut.

Mungkin anda merasakan sajian ini mudah disediakan, namun jika tersalah teknik, cekodok pisang yang dihasilkan akan berminyak serta lembik.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak menyediakan hidangan popular rakyat Malaysia ini, boleh cuba resipi perkongsian @queenspree.my ini.

Bukan sahaja tidak berminyak, malah kekal rangup dan menyelerakan.

Bahan-bahan

5 biji pisang

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil baking soda

1 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan

1. Buang kulit dan lenyet pisang sehingga hancur.

2. Kemudian campurkan tepung gandum, gula, garam, baking soda dan baking powder.

3. Gaul semua bahan sehingga sebati.

4. Biarkan adunan bahan tadi selama lima hingga 10 minit.

5. Pada masa sama, panaskan minyak dalam kuali.

6. Selepas 10 minit, adunan tadi sedia digoreng. Angkat apabila warna bertukar keperangan dan siap sedia untuk dihidang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain