suria

Khairul Aming kongsi resipi ‘McMing Burger’, ramai lega dah tak perlu beli di kedai

Khairul Aming berkongsi resipi burger oblong.

BURGER daging merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah kebanyakan jenama restoran terkenal sering memperkenalkan menu baharu berasaskan bahan tersebut bagi menarik perhatian pengguna.

Malah ada yang menjadikannya sebagai tarikan utama atau simbolik kepada sambutan tertentu supaya kekal eksklusif dan sentiasa dinanti-nantikan.

Pun begitu, gerakan boikot yang sedang berlangsung masa ini menyebabkan ramai yang membatalkan hasrat untuk mendapatkannya daripada rangkaian restoran jenama popular itu.

Tapi bagi anda yang teringin untuk menikmati burger seperti itu, bolehlah mencuba resipi daripada pempengaruh dunia masakan terkenal Khairul Aming ini. Tak perlu tunggu setahun sekali untuk makan.

Bahan-bahan ditumis sehingga keperangan.

Bahan-bahan ditumis sehingga keperangan.

Bahan-bahan

1. 2 sudu besar butter

2. 1 ulas bawang Holland

3. 3 ulas bawang putih

4. Cendawan

5. 1 sudu tepung gandum

6. 1 1/2 cawan air

7. 2 sudu sos tiram

8. Sedikit kicap manis

9. 1 kiub pati lembu

10. 2 sudu besar lada hitam ditumbuk

11. 2 ketul daging burger oblong

12. Roti burger panjang/oblong

Bahan yang ditumis dikisar sebelum dimasak semula bersama daging oblong.

Bahan yang ditumis dikisar sebelum dimasak semula bersama daging oblong.

Cara sediakan sos lada hitam

1. Cairkan dua sudu butter.

2. Masukkan satu biji bawang Holland yang dipotong dadau, tiga ulas bawang putih dan cendawan.

3. Tumiskan sehingga naik bau dan berwarna keperangan.

4. Kemudian tambah satu sudu tepung gandum. Kacau sehingga warna tumisan lebih keperangan.

5. Masukkan satu setengah cawan air.

6. Tambahkan dua sudu sos tiram dan sedikit kicap manis supaya warnanya sedikit gelap.

7. Tambah satu kiub pati lembu dan dua sudu lada hitam yang ditumbuk sendiri.

8. Selepas siap dimasak, kisarkan semua bahan dan tumiskan sekali lagi.

Hirisan bawang Holland bersama sos diletak bagi menambah rasa.

Hirisan bawang Holland bersama sos diletak bagi menambah rasa.

Cara sediakan daging dan roti oblong

1. Goreng daging sehingga garing di luar.

2. Apabila sudah masak, celupkan ke dalam sos lada hitam yang telah dimasak.

3. Roti dibelah dua dan disapu butter. Panggang seketika sehingga bertukar warna keperangan.

4. Kemudian, susunlah daging oblong tadi bersama hirisan bawang Holland dan sos. Siap!

Lebih menarik apabila turut dihidangkan bersama kentang bergulung dan jus oren yang dicampur bersama aiskrim soda. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain