suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penggemar bawang putih kena cuba! Ayam goreng Korea makin sedap dengan kombinasi rasa pedas manis

Kyochon 1991 memperkenalkan perisa baharu iaitu Honey Garlic Series.

PEDAS, manis dan rangup!

Itulah tiga perkataan dapat digambarkan apabila disebut sahaja tentang ayam goreng Korea yang menjadi kegemaran ramai pada masa kini.

Tak perlu bersusah payah buat di rumah, Kyochon 1991 menawarkan hidangan terbaru 'Honey Garlic Series' yang lazat dan mengiurkan.

Menu ini mempunyai rasa yang kuat daripada bawang putih segar, dilengkapi dengan kemanisan madu dan dicampurkan dengan sedikit rasa kepedasan daripada cili padi.

Hidangan ini akan menjadi lebih istimewa apabila dimakan bersama keluarga atau rakan yang boleh didapati dengan harga bermula RM 13.90 sahaja.

Selain itu, KyoChon 1991 turut menawarkan e-baucar '4 ketul ayam Honey Garlic Wingette & Drummete' secara percuma.

Setiap pelanggan boleh menebus baucar tersebut dengan hanya perlu mengimbas kod QR pada pelekat di atas meja atau mana-mana siaran promosi media sosial apabila berbelanja dengan sekurang-kurangnya RM70 dalam satu resit.

Tawaran ini boleh didapati di semua cawangan sama ada secara dine in atau bawa pulang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain