suria

Sedapnya makan ayam goreng kunyit berempah, rasa macam dekat kedai... Cara nak masak pun senang je!

Bawang putih merupakan elemen penting dalam resipi dikongsikan Ateekah.

AYAM goreng kunyit adalah makanan yang sesuai dihidangkan kepada sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur.

Malah, ia merupakan hidangan paling ringkas yang menjadi pilihan golongan isteri apabila sudah buntu memikrkan menu untuk dimasak.

Bukan sahaja cara penyediaannya mudah malah dengan menghidangkan ayam goreng kunyit, ia sudah cukup membuatkan ahli keluarga makan bertambah-tambah.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi resipi goreng kunyit istimewa apabila ayam diperap dengan beberapa bahan terlebih dahulu sebelum digoreng.

Menurut Nurul Ateekah, terdapat lapan bahan digunakan untuk menyediakan ayam goreng tersebut, antaranya:

Ayam perlu diperap sebelum digoreng.

1. 1/2 kilogram ayam bahagian kepak

2. 1 sudu besar serbuk cili

3. 1 sudu kecil serbuk kunyit

4. 1 sudu besar serbuk kari ikan

5. 1 sudu kecil serbuk perasa

6. 1/2 sudu kecil garam

7. Bawang putih (ditumbuk halus)

8. Minyak masak

Teknik perapan akan menghasilkan ayam digoreng lebih rangup dan juicy.

Jelas Ateekah, ayam yang digaul dengan bahan-bahan tadi perlu diperap selama kira-kira 30 minit atau lebih sebelum digoreng.

Katanya, kepak ayam dipilih adalah disebabkan bahagian ini akan menyerap rasa (rempah) sampai ke isi.

Hasilnya, ayam goreng kunyit akan menjadi lebih garing di luar dan berjus (juicy) pada bahagian dalam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain