suria

Kolaborasi 2 jenama ikonik! Rasai keenakan ayam goreng KFC x Lay's Crunch, rangup dan menjilat jari

KFC tampil dengan kolaborasi bersama kerepek kentang Lay's

SEBELUM ini KFC Malaysia telah memperkenalkan kerepek kentang Lay's x KFC perisa Ayam Hot & Spicy pada April lalu.

Kini, rakyat Malaysia sekali lagi disajikan bukan sekadar kerepek kentang!

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka yang bakal tiba, KFC Malaysia dan Lay's bekerjasama sekali lagi untuk membawakan anda ciptaan istimewa terbaharu, ayam goreng KFC x Lay's Crunch perisa BBQ.

Hidangan istimewa daripada kolaborasi dua jenama ikonik ini membawa anda menerokai gabungan luar biasa kerepek kentang dan ayam goreng, di mana ayam Hot & Spicy KFC disalut dengan tepung campuran hancuran kerepek kentang Lay's istimewa.

kfc 3

KFC x Lay's Crunch dengan set Box Meal.

Ia kemudian digoreng sehingga perang keemasan, disempurnakan pula dengan taburan BBQ, memberikannya rasa smoky BBQ dalam setiap gigitan rangup.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling, inovasi terbaharu itu dibawakan khas sempena merdeka atas permintaan popular daripada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Sambutan kemerdekaan lebih meriah... KFC, Pizza Hut tawar hidangan pada harga RM6.50

"Setiap gigitan ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ ini akan membuatkan anda berasa seperti sedang mengunyah kerepek kentang dan ayam pada waktu yang sama, aneh tetapi sedap hingga menjilat jari!

"Pada waktu yang sama, kami juga melancarkan KFC Bucket Bersama terhad untuk meraikan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia bersempena sambutan Merdeka yang bakal tiba.

"Bucket Bersama mengetengahkan makanan sampingan terbaharu, Loaded Cheezy Fries yang pasti membangkitkan selera anda. Dengan menu baharu ini, kami berharap sambutan Merdeka bersama rakan dan keluarga anda lebih gembira dan meriah," katanya.

kfc 2

KFC Bucket Bersama boleh didapati dalam Kombo 6 ketul, 10 ketul, atau 12 ketul.

KFC x Lay's Crunch dan KFC Bucket Bersama sudah pun boleh dinikmati di seluruh restoran KFC untuk waktu terhad bermula 25 Ogos.

KFC x Lay's Crunch boleh didapati dalam Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal. KFC Bucket Bersama pula boleh didapati dalam Kombo 6 ketul, 10 ketul, atau 12 ketul.

Pelanggan boleh mendapatkannya melalui pesanan di restoran, pandu lalu, penghantaran, dan 'self collect'.

Muat turun aplikasi KFC App atau layarwww.KFC.com.my untuk membuat pesanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain