suria

Wow! Sambutan kemerdekaan lebih meriah... KFC, Pizza Hut tawar hidangan pada harga RM6.50

Promosi istimewa RM6.50 dilancarkan KFC dan Pizza Hut sempena ulangtahun kemerdekaan pada kali ini.

PELBAGAI promosi menarik yang ditawarkan sempena bulan kemerdekaan.

Tidak ketinggalan, francais makanan segera popular, KFC dan Pizza Hut yang turut melancarkan promosi istimewa pada sambutan kali ini.

Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-65, KFC dan Pizza Hut Malaysia menawarkan promosi hidangan berharga RM6.50.

KFC menawarkan tiga jenis hidangan pada harga RM6.50, iaitu Set A yang terdiri daripada seketul ayam KFC dengan Sos Jalapeno (4oz), Set B terdiri daripada seketul ayam KFC dengan kentang putar (4oz), dan Set C yang terdiri daripada seketul Ayam KFC dengan Nasi Kolonel.

Pizza Hut pula menawarkan dua jenis promosi pada harga RM6.50.

Para pencinta piza kini boleh menikmati piza bersaiz personal dengan satu minuman berkarbonat pada harga ini atau memilih untuk menambah (add-on) Hut's Chocolate Lava Cake dengan harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian).

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun ke-65, Mydin lancar kempen tawar diskaun tak masuk akal mahu ringankan beban rakyat

"Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami", kata Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia, Chan May Ling.

Sementara itu Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia, Emily Chong, turut berharap promosi tersebut dapat menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih ceria.

Promosi RM6.50 telah bermula dari 22 Ogos dan sah sehingga 30 Ogos 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain