suria

Traveloka guna sentuhan Chef Wan bantu promosi hidangan sebenar Malaysia dan antarabangsa

Cef Wan (kanan) dan Pengurus Traveloka Malaysia, Angelica Chan.

SIAPA yang tidak kenal dengan sosok bernama Cef Wan?

Cef selebriti terkenal ini menjadi kebanggaan Malaysia kerana bakatnya yang bukan sahaja handal memasak hidangan tempatan malah turut berkemahiran dalam menyediakan citarasa antarabangsa.

Melangkah setapak ke hadapan, terbaharu restoran milik Cef Wan, De.Wan 1958 dan Café Chef Wan bekerjasama dengan syarikat platform pelancongan atas talian, Traveloka Malaysia, yang bakal menawarkan hidangan 'sebenar' Malaysia dan antarabangsa kepada para tetamu.

Kolaborasi antara De.Wan 1958 dan Café Chef Wan dengan Traveloka bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan masakan Malaysia di peringkat serantau.

Apa yang menariknya, ia menawarkan tetamu sehingga 15 peratus daripada jumlah bil mereka, di mana ia tersedia di Traveloka Xperience.

De.Wan 1958 by Chef Wan menawarkan pelbagai hidangan warisan Malaysia, termasuk ikan masak lemak cili padi kampung, ayam dara panggang dan kambing kuzi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi 2 jenama ikonik! Rasai keenakan ayam goreng KFC x Lay's Crunch, rangup dan menjilat jari

Sementara itu Café Chef Wan menyajikan kegemaran antarabangsa dan tempatan, diilhamkan oleh pengembaraan Cef Wan yang meluas ke seluruh dunia. Hidangan istimewa yang terdapat di sini termasuk gulungan udang Yunani, ikan dan kerepek Jamaica, serta nasi kerabu.

cef wan 1

Cef Wan gembira kerjasama dengan Traveloka Malaysia membuka banyak peluang untuk memperkenalkan masakan Malaysia di luar negara.

Kerjasama antara Traveloka dan Cef Wan menawarkan pelanggan bukan sahaja kemudahan tambahan dan hidangan tempatan yang tulen, tetapi meningkatkan senarai pengalaman Traveloka, untuk membolehkan individu memenuhi aspirasi gaya hidup mereka.

Pengurus Traveloka Malaysia, Angelica Chan berkata, mereka gembira dapat bekerjasama dengan maestro masakan berbakat seperti Cef Wan dan menyertai kumpulan restoran dan kafenya di Traveloka Malaysia.

"Perkongsian kami memberi ganjaran kepada pengguna dengan penjimatan yang hebat, dan yang paling penting, memastikan mereka mendapat makanan Malaysia yang benar-benar hebat dan tulen, dihidangkan cef selebriti antarabangsa.

"Dengan adanya restoran dan kedai kafe Chef Wan, mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform pelancongan dan gaya hidup Asia Tenggara," katanya.

Sementara itu Cef Wan yang merupakan pengasas bersama Chef Wan Group of Restaurants & Cafes berkata, kerjasama dengan Traveloka Malaysia membuka banyak peluang untuk memperkenalkan masakan Malaysia di luar negara.

"Kami menjemput pengunjung untuk menikmati hidangan warisan Malaysia yang sebenar di De.Wan 1958 oleh Chef Wan atau di Café Chef Wan, yang mana mereka boleh menikmati hidangan antarabangsa yang diilhamkan menerusi pengembaraan dunia saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain