suria

Tiada lagi syarat vaksinasi, ujian Covid-19... rakyat Malaysia juga boleh 'stay' 45 hari di Thailand tanpa visa!

Thailand terkenal sebagai lokasi pelancongan yang menarik.

SEJAK pintu sempadan Thailand dibuka semula untuk tujuan pelancongan, negara Gajah Putih itu tidak pernah lekang daripada kunjungan pelancong khususnya rakyat Malaysia.

Sebelum ini kerajaan Thailand meletakkan pelbagai syarat kepada pelancong asing termasuk bukti vaksinasi dan keputusan ujian negatif Covid-19 dalam tempoh 72 jam.

Namun bermula awal Oktober 2022, syarat itu tidak perlu ditunjukkan kecuali insurans pelancongan yang terus dikekalkan.

Berdasarkan perkongsian thaiembassy.com, pelancong asing yang ingin tinggal untuk tempoh 30 hingga 45 hari juga tidak memerlukan Visa Thailand.

1. Pasport dan Visa Thai

Bermula Oktober 2022 sehingga 31 Mac 2023, pelancong asing dibenarkan untuk tinggal di Thailand bagi tempoh 30 hingga 45 hari tanpa visa pelancong.

Dalam tempoh ini, penginapan bagi setiap lawatan ialah 45 hari untuk pemegang pasport negara atau wilayah berikut yang boleh memasuki Thailand di bawah skim pengecualian visa pelancong: Andorra, Australia, Austria, Bahrain, Belgium, Brunei, Kanada, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Kuwait, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Maldives, Mauritius, Monaco, Belanda, New Zealand, Norway, Oman, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, San Marino, Arab Saudi, Singapura, Slovak, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki, UAE, UK, Ukraine dan Amerika Syarikat.

Ladang bunga matahari turut menjanjikan pengalaman bermakna kepada pengunjung

Ladang bunga matahari turut menjanjikan pengalaman bermakna kepada pengunjung.

Selain itu, tempoh penginapan setiap lawatan ialah 30 hari untuk pemegang pasport negara atau wilayah berikut yang boleh memohon VOA: Bhutan, Bulgaria, China, Cyprus, Ethiopia, Fiji, Georgia, India, Kazakhstan, Malta, Mexico, Nauru, Papua New Guinea, Romania, Arab Saudi, Taiwan, Uzbekistan dan Vanuatu. Yuran visa sebanyak 2,000 THB akan kekal sama untuk negara-negara ini.

Di samping itu, pemegang pasport negara atau wilayah berikut boleh memasuki Thailand tanpa visa di bawah perjanjian dua hala: Kemboja (14 hari), Myanmar (14 hari), Hong Kong (30 hari), Lao PDR. (30 hari, Macau (30 hari), Mongolia (30 hari), Rusia (30 hari dan VOA), Vietnam (30 hari), Argentina (90 hari), Brazil (90 hari), Chile (90 hari), Korea (ROK) (90 hari), dan Peru (90 hari).

Pun begitu, jangan lupa untuk pastikan pasport anda sah untuk tempoh enam bulan berikutnya ya!

2. Bukti polisi insurans dan ujian Covid-19

Mulai 1 Oktober 2022, pelancong asing boleh pergi ke Thailand dengan bebas. Tidak perlu lagi memiliki bukti vaksinasi atau ujian Covid-19 sebelum berlepas.

Bagaimanapun, anda perlu semak juga dengan syarikat penerbangan sama ada mereka masih mengekalkan syarat tersebut atau tidak!

Pasar terapung Thailand juga menjadi lokasi wajib kepada 'kaki travel' yang berada di Hatyai

Pasar terapung Thailand juga menjadi lokasi wajib kepada 'kaki travel' yang berada di Hatyai.

3. Beli insurans perjalanan untuk Thailand

Anda juga harus membeli Insurans Perjalanan apabila melancong ke Thailand atau Asia, secara amnya.

Pada masa sama, anda juga boleh menggunakan insurans kesihatan yang dibeli dari negara anda sendiri atau disyorkan untuk membeli daripada syarikat insurans di Thailand seperti AXA Insurance Thailand.

Jika membeli insuran AXA, anda akan menerima simkad 5G percuma, hanya perlu tebus di lapangan terbang dan nikmati kelebihan 20MB data, panggilan percuma kepada nombor DTAC dan banyak lagi.

4. Tempahan hotel atau bukti alamat

Warga asing yang tiba di Thailand biasanya dikehendaki memberikan alamat di Thailand. Anda boleh menyediakan penginapan peribadi seperti rumah atau pangsapuri.

Jika memilih untuk menginap di hotel, anda mestilah menempah hotel lebih awal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain