suria

7 negara ini terima pelancong tanpa vaksin tapi ada syarat lain yang perlu dipatuhi

Walaupun beberapa negara ini menerima pelancong tanpa vaksinasi, namun masih perlu menyediakan bukti ujian PCR yang negatif.

COVID-19 telah mengubah arus kehidupan di dunia sehingga meruntuhkan sektor ekonomi, malah pelbagai negara menampung kerugian yang besar.

Jalan keluar dan masuk ke setiap negara turut ditutup di samping masyarakat disarankan untuk mengambil vaksin dan kuarantin diri di rumah jika terdapat gejala awal Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa famili jalan-jalan... Ini 10 permainan paling sempoi di Genting Skyworlds Theme Park

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang menolak 'kebenaran' pandemik ini sehingga menerima atau memberi peluang kepada pelancong untuk datang atau masuk ke negara mereka.

Namun perlu diketahui, pelancong dinasihatkan untuk menyemak garis panduan negara-negara destinasi tujuan yang menerima pelancong tanpa vaksin;

1. Greece

Sesiapa yang ingin melawat Greece akan dikehendaki mengisi Borang Penumpang selewat-lewatnya sehari sebelum ketibaan.

Menurut laporan, borang itu akan mempunyai maklumat terperinci mengenai lokasi berlepas penumpang, dan juga tempoh penginapan sebelumnya di negara lain.

Selain itu, semua orang akan dikehendaki menyerahkan keputusan ujian Covid-19 negatif yang telah diperoleh dalam masa 72 jam selepas ketibaan di Greece. Sijil vaksinasi juga tidak diperlukan.

2. Portugal

Portugal terbuka kepada pelawat yang tidak divaksinasi, selagi mereka dapat membuktikan bahawa pengunjung tidak dijangkiti virus itu apabila memasuki negara itu.

Menurut laporan, pengembara dikehendaki menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil dalam tempoh 72 waktu ketibaan mereka, atau 48 jam jika telah mengambil ujian antigen. Pengembara juga perlu menyerahkan borang soal selidik pengembara sebelum berlepas.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan mungkin akan menolak pelancong untuk menaiki pesawat jika gagal menunjukkan dokumen yang berkaitan.

3. Croatia

Bagi mereka yang tidak memiliki vaksin juga, boleh berkunjung ke negara Croatia bersama bukti ujian PCR Covid-19 negatif.

Saringan perlulah diambil dalam tempoh 72 jam selepas ketibaan di negara itu, atau ujian antigen yang telah diambil dalam tempoh 48 jam selepas ketibaan.

Pelancong juga boleh masuk dengan mendapatkan sijil doktor yang membuktikan bahawa mereka telah pulih, jika pernah positif antara 11 dan 180 hari sebelumnya.

4. Turki

Walaupun divaksinasi adalah salah satu cara melawat Turki, pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki negara ini dengan mengikuti peraturan tertentu.

Pelancong perlu menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil 72 jam sebelum ketibaan mereka, atau telah menjalani ujian antigen pantas dalam masa 48 jam selepas ketibaan mereka.

Pun begitu, pengunjung akan dikehendaki menunjukkan borang dalam talian yang telah dilengkapkan 72 jam sebelum perjalanan, malah mungkin tertakluk kepada saringan perubatan.

5. Mexico

Mexico juga terbuka kepada semua jenis pengembara, yang dilaporkan sebelum ini tiada sebarang keperluan untuk pelawat memberikan ujian PCR negatif atau kuarantin semasa ketibaan.

Seperti yang diketahui, pengembara akan dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu, dan menunjukkan kod QR daripada borang semasa memasuki negara ini.

Sebagai tambahan, penginapan di sana juga akan meminta tetamu mengisi borang soal selidik kesihatan semasa ketibaan.

6. Maldives

Sama seperti negara lain, Maldives juga mewajibkan semua pelawat memberikan ujian PCR negatif semasa ketibaan di sana.

Ujian dan sijil PCR negatif mestilah dikeluarkan tidak lebih dari 96 jam sebelum berlepas, walaupun pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin.

Selain itu mereka yang tidak diberi vaksin sepenuhnya akan dibenarkan masuk tetapi perlu mengasingkan diri selama 14 hari dan mengambil ujian sebelum meninggalkan kuarantin.

7. Costa rica

Pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki Costa Rica, tetapi peraturan di negara itu lebih ketat.

Tidak seperti kebanyakan negara, pelancong yang tidak divaksinasi tidak perlu mengemukakan ujian Covid-19 untuk memasuki Costa Rica.

Walau bagaimanapun, pelancong perlu membeli insurans perjalanan kesihatan khas dan melampirkannya pada pas Kesihatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain