suria

Melampan biji timah, menjala ikan antara aktiviti menyeronokkan di Hulu Selangor

Aktiviti melampan biji timah dan mengutip siput belitung antara aktiviti di bawah Program Hos Komuniti Selangor.

HULU Selangor merupakan sebuah daerah yang kaya dengan tarikan alam semula jadi yang dapat mendekatkan pengunjung dengan pelbagai aktiviti yang tidak boleh dirasai di ibu kota.

Program Hos Komuniti Selangor di daerah itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk di Sungai Selangor yang bermula dari Empangan Pertak dan berakhir di daerah Kuala Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sahut panggilan alam semula jadi... ‘Base Camp’ tarikan terbaharu Escape Penang

Apa sahaja aktiviti boleh dilakukan menerusi program ini?

Activity 1

1. Aktiviti 'tubing'

Luangkan masa dan lakukan aktiviti yang sangat mengujakan ini. Terapungkan diri anda di atas tiub di sepanjang Sungai Selangor yang tentunya menyeronokkan sambil menikmati keunikan dan keindahan sekeliling.

Activity 2

2. Belajar cara melampan biji timah

Melampan atau mendulang biji timah merupakan kaedah tradisional yang digunakan untuk mengestrak biji timah. Aktiviti perlombongan biji timah merupakan antara aktiviti ekonomi terawal yang dijalankan di Selangor.

Jadi, ini merupakan peluang yang sangat menarik untuk anda ketahui sejarah lampau dan cara melampan biji timah!

Activity 3

3. Kutip siput belitung dan menjala ikan

Ada lagi lebih menarik menanti anda di Hulu Selangor iaitu aktiviti mengutip siput belitung di sepanjang Sungai Selangor. Selain itu, anda juga boleh menjala ikan di sini dan ia turut ditawarkan dalam Program Hos komuniti.

Activity 4

4. Berkelah di tepian sungai Selangor!

Berkelah sebentar di tepian Sungai Selangor sambil menikmati juadah ringan merupakan cara terbaik untuk mengakhiri pengembaraan separuh hari anda di daerah ini.

Setelah penat beraktiviti, ambil masa seketika untuk berehat sambil menikmati keindahan suasana alam semula jadi!

Sememangnya aktiviti yang tersenarai di atas memberikan pengalaman yang sangat luar biasa! Jangan lupa juga untuk sertai pengembaraan Program Hos Komuniti di daerah-daerah di negeri Selangor bagi mengisi masa hujung minggu anda!

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, bolehlah membuat tempahan melalui talian 019-329 9760 (Khairunnisak).

Namun, pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain