suria

Mahu ke Korea Selatan pada musim sejuk? Ini pilihan 6 lokasi main ski terbaik boleh anda singgah

Penulis ketika berkunjung ke Yongpyong Ski Resort.

SALAH satu perkara terbaik mengenai kedatangan musim sejuk ialah ini peluang untuk bermain ski dan papan salji.

Tahukah anda pusat peranginan ski di Korea Selatan menawarkan aktiviti itu untuk pelbagai tahap kemahiran yang menjanjikan pengalaman mencabar dan menyeronokkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu percutian anda di Johor lebih bermakna... terokai 10 'hidden gem' ini, 6 daripadanya di Muar!

Sekiranya anda bercadang untuk menghabiskan cuti musim sejuk di luar negara, Korea Selatan antara destinasi terbaik bagi merasai pengalaman bermain ski.

Destinasi terbaik adalah di daerah Gangwon-do iaitu wilayah yang paling banyak menerima salji dan resort yang terdapat di sini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dalam persekitaran semula jadi untuk pengunjung.

Jika anda bercadang untuk berkunjung ke Korea dalam masa terdekat, apa kata kenali enam lokasi bermain ski terbaik di daerah Gangwon-do.

phoeni

1. Pyeongchang – Phoenix Pyeongchang Snow Park

Phoenix Pyeongchang Snow Park terkenal dengan cerun gaya lembah dan salji berkualiti tinggi yang menjadikan ia pilihan pengunjung.

Resort ini juga menyediakan kursus bermain ski untuk yang ingin belajar selain mempunyai Extreme Park untuk pemain profesional dengan kemudahan mengikut piawaian sukan Olimpik.

Di sini juga pelbagai pertandingan meluncur antarabangsa diadakan termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang pada 2018.

Alamat: 174, Taegi-ro, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Musim ski: Disember – awal March (Tertakluk kepada perubahan cuaca)

Tarikan sekitar: Herbnara Farm, Lee Hyo-seok Culture Village.

Yongpeong ski resort

2. Pyeongchang - Yongpyong Ski Resort

Yongpyong Ski Resort ialah resort ski pertama yang dibuka di Korea. Penginapan di resort ini terletak berhampiran dengan cerun meluncur, yang menjadikannya tempat popular dalam kalangan peluncur.

Resort ini mempunyai kepelbagaian cerun serta gondola membawa pengunjung pergi dan balik sepanjang 7.4 kilometer.

Dengan jumlah salji tahunan yang tinggi, pelawat boleh menikmati kedua-dua lawatan ski menarik dan percutian musim sejuk yang indah.

Yongpyong Ski Resort pernah menganjurkan pertandingan alpine untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Alamat: 715, Olympic-ro, Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Musim ski: December – awal March (Tertakluk kepada perubahan cuaca)

Tarikah sekitar: Daegwallyeong Sheep Ranch, Dutasan National Recreational Forest.

vivaldi

3. Hongcheon - Vivaldi Park Ski World

Vivaldi Park Ski World, terletak di Hongcheon, menjadi kegemaran dalam kalangan pemain ski muda malah nama cerun seperti Hip-Hop, Techno dan Funky ditujukan kepada mereka.

Beberapa cerun direka bentuk secara unik dengan liku-liku yang tidak dijangka untuk keseronokan maksimum.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan musim sejuk, Vivaldi Park Ski World menyediakan suasana sempurna untuk meluncur dan bermain papan salji dengan selamat.

Secara keseluruhan, kawasan ini menawarkan 12 cerun berbeza dan 10 lif. Vivaldi Park Ocean World juga terletak di resort ini di mana pengunjung boleh berehat di spa selepas seharian mendaki dan meluncur.

Alamat: 262, Hanchigol-gil, Hongcheon-gun, Gangwon-do

Musim ski: December – awal March (Tertakluk kepada perubahan cuaca)

Tarikan sekitar: Sutasa Temple, Hongcheongang River, Sambong National Recreational Forest.

alpensia

4. Pyeongchang - Alpensia Ski Resort

Alpensia Ski Resort terletak di kawasan pergunungan kira-kira 700 meter di atas paras laut dan terkenal dengan salji yang berkualiti.

Resort ini menawarkan enam cerun dengan pelbagai kursus untuk pemain ski pemula, pertengahan dan lanjutan serta boleh memuatkan sehingga 3,000 orang pada masa yang sama.

Cerun papan salji dan cerun kereta luncur jarak jauh masing-masing direka khas untuk pemain papan salji dan pelawat bersama keluarga.

Sebagai tempat utama untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Alpensia Resort menganjurkan banyak acara pertandingan, termasuk aktiviti lompatan ski, merentas desa menggunakan peluncur dan bobsled.

Di samping itu, pengunjung boleh menikmati banyak kemudahan penginapan terkemuka di dalam kompleks Alpensia Resort, seperti Holiday Inn and Suites Alpensia Pyeongchang dan Intercontinental Alpensia Pyeongchang Resort, serta Alpensia Ocean 700, dilengkapi dengan kemudahan spa luar biasa.

Alamat: 325, Solbong-ro, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Musim ski: December – awal March (Tertakluk kepada perubahan cuaca)

Tarikan sekitar: Odaesan National Park, Daegwallyeong Samyang Ranch.

elysian

5. Chuncheon - Elysian Gangchon Ski Resort

Elysian Gangchon Ski Resort ialah kompleks riadah mewah yang hanya satu jam perjalanan dari Seoul dengan menaiki kereta api bawah tanah dan terletak berhampiran Stesen Baegyang-ri di laluan Gyeongchun.

Resort ski ini mempunyai 10 cerun yang sesuai dengan tahap kemahiran yang berbeza dan enam lif. Khususnya, pemain ski pemula dan pertengahan boleh menikmati pelbagai cerun kerana lapan daripada 10 cerun direka untuk pemain ski pemula dan pertengahan.

Cerun-cerun direka bentuk untuk membentuk ngarai, membolehkan pemain ski meluncur ke bawah dengan lancar sambil menikmati pemandangan indah.

Bagi pemula yang memerlukan sedikit bantuan tambahan sebelum keluar sendiri, pelajaran ski dan papan salji juga disediakan.

Alamat: 688, Bukhangangbyeon-gil, Chuncheon-si, Gangwon-do

Musim ski: December – awal March (Tertakluk kepada perubahan cuaca)

Tarikan sekitar: Gangchon Resort, Gugokpokpo Falls, Namiseom Island.

hi-ski resort

6. Jeongseon - High1 Ski Resort

Terletak di salah satu kawasan paling strategik di Gangwon-do, High1 Ski Resort menawarkan 18 cerun yang hebat, setiap satu bermula di salah satu daripada tiga puncak taman itu.

Salah satu puncak menyediakan laluan landai lembut sepanjang 4.2 kilometer untuk pemula. High1 Resort juga mempunyai dua cerun yang telah digunakan untuk pertandingan Piala Dunia Ski.

Resort ini terkenal dengan kemudahannya yang selesa untuk orang kurang upaya dan keperluan khas untuk menikmati ski.

High1 Resort menawarkan lif tercanggih termasuk sistem bacaan automatik untuk pas lif dan sistem pengesanan bebas tangan.

Alamat: 500, High1-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Musim ski: December – awal March (Tertakluk kepada perubahan cuaca)

Tarikan sekitar: Kangwon Land Casino, Hwaamdonggul Cave, Auraji Lake.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain