suria

Sahut panggilan alam semula jadi... ‘Base Camp’ tarikan terbaharu Escape Penang

Sambil menikmati barbeku, boleh juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

PENGUNJUNG ke Escape Penang iaitu salah sebuah taman tema yang paling unik di Malaysia, kini boleh menikmati sebuah pengalaman yang serba baharu.

Malah sejak beberapa tahun lalu, taman ini telah menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung dari serata dunia, dengan pelbagai aktiviti luar menyeronokkan, termasuk gelongsor tiub Rekod Dunia Guinness iaitu sepanjang 1,111 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu ke Korea Selatan pada musim sejuk? Ini pilihan 6 lokasi main ski terbaik boleh anda singgah

Bagi yang gemarkan aktiviti berkhemah untuk merasai keindahan alam semula jadi tetapi tetap inginkan kemudahan moden yang selesa, Base Camp mungkin jawapannya!

Dengan kehadiran “panggilan alam liar” yang unik ini, pengkhemah di Base Camp, Escape Penang berpeluang untuk menikmati persekitaran hutan tropika tanpa menjejaskan keselesaan mereka kerana tersedianya kemudahan moden seperti tandas dan tempat mandi, ruang BBQ, dan akses kepada Wi-Fi!

810968

Berlatarkan persekitaran hijau, Base Camp di Escape Penang menjanjikan ketenangan dan keseronokan.

Untuk pengalaman perkhemahan lebih lasak, pengunjung diharuskan untuk membawa makanan, tuala, kelengkapan tidur, bantal dan khemah mereka sendiri. Namun begitu, khemah-khemah juga turut disediakan untuk disewa pada harga minimum iaitu RM20 sahaja.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Keng berkata, pihaknya menawarkan pengembaraan berbeza dengan menitikberatkan keselesaan dengan kelasakan di luar rumah melalui seratus lot perkhemahan yang terletak di persekitaran selamat dan kondusif.

Bermula pada tahun 2009, Escape Penang menampilkan pelbagai tarikan dan permainan di dalam persekitaran semula jadi.

Taman ini memperkenalkan semula aktiviti permainan dan nilai-nilai dari zaman dahulu dengan menyuntik realiti ke dalam dunia sekarang yang terlalu bergantung kepada gaya hidup elektronik.

553

Keindahan waktu malam di Base Camp.

Melalui aktiviti menyeronokkan, dengan penekanan terhadap permainan terarah dan terdorong kendiri, taman tema ekstrem ini membuktikan umur bukan merupakan faktor penghalang untuk menikmati keseronokan dengan aktiviti tunggangan serta permainan yang direka untuk semua lapisan umur, kebolehan dan keupayaan.

Antara anugerah yang telah dimenangi oleh Escape Penang adalah anugerah Travellers’ Choice, Certificate of Excellence daripada TripAdvisor dan Anugerah Pelancongan Malaysia untuk Tarikan Pelancongan Terbaik.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pusat peranginan yang hebat ini, Escape Penang menawarkan pas dua hari, yang memberikan akses ke taman tema dan Base Camp dengan harga RM225 sahaja.

Pengunjung yang menempah pas terlebih dahulu melalui laman web Escape Penang akan menerima diskaun tambahan sebanyak 30 peratus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.escape.my.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain