suria

Dilla Nasi Kukus memang layan!

BERITA baik untuk si penggemar nasi kukus yang cukup terkenal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini kerana ada lokasi baharu yang perlu anda semua buru.

Walaupun kedudukan kedai Dilla Nasi Kukus agak tersorok dari jalan utama, tapi ia tidak menghalang penulis untuk mencuba sendiri masakan yang disediakan oleh anak jati Kelantan itu.

Tetapi bagi penggemar nasi kukus, pasti tidak sukar buat anda menjejaki Dilla Nasi Kukus yang terletak di Desa Mentari, Petaling Jaya ini.

Aroma kari ayam dan daging yang cukup membuka selera para pelanggan seakan-akan memanggil penulis untuk tidak berlengah-lengah lagi.

Dilla Nasi Kukus terletak di Desa Mentari, Petaling Jaya.

Sebaik tiba, penulis terus membuat pesanan nasi kukus ayam berempah yang hanya berharga RM6 sebungkus.

Sekali tengok saiz ayam yang dihidangkan bersama, terdetik di hati adakah penulis mampu menghabiskannya.

Ini kalau tak kenyang juga, memang tak tahu nak kata apa.

Penulis tidak mahu banyak cakap lagi, rasa nasi kukusnya bila digaul dengan gulai dan sambal belacan, memang layan!

Selain ayam goreng berempah, apa kata anda cuba puyuh goreng ini pula.

Tambah menaikkan selera apabila ia dihidangkan bersama daun pisang.

Selain ayam berempah, lauk lain yang terdapat di Dilla Nasi Kukus ini adalah burung puyuh goreng dan daging gulai kerutuk.

Kata pemiliknya, Wan Azila Wan Zain, rempah untuk menggoreng ayam dan gulai ayam serta daging ditempah khas dari Kelantan.

"Resipi yang digunakan adalah resipi turun temurun keluarga suami saya.

Wan Azila menggunakan rempah yang ditempah khas dari Kelantan.

"Ayam yang digunakan adalah ayam segar yang dibeli daripada pembekal pada setiap hari.

"Kami akan mula menggaulkan rempah dan ayam seawal pukul 7.30 pagi untuk digoreng.

"Semuanya disediakan pada hari itu juga supaya rasa ayam dan rempah itu segar dan sebati," jelasnya.

Menariknya, nasi kukus yang diusahakan oleh pasangan suami isteri ini mampu bertahan sehingga 24 jam walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.

Alamat:
Dilla Nasi Kukus,
11-G-37 Apt Desa Mentari 3,
Jalan PJS 2D/1,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu operasi:
Setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Chicken Royale

Artikel Lain