suria

Aktivis marah keldai Santorini terpaksa angkut pelancong gemuk

Keldai digunakan secara meluas untuk mengangkut pelancong di Santorini.

PENDUDUK tempatan di destinasi pelancongan terkenal, Santorini, menggunakan keldai untuk membawa pelancong ke kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan.

Pada musim cuti dari Mei hingga Oktober misalnya, terdapat lima kapal yang membawa kira-kira 1,200 pelancong masuk ke pulau peranginan itu setiap hari.

Namun, ia menjadi kebimbangan apabila aktivis haiwan mula mempersoalkan penggunaan keldai yang dianggap sebagai satu penyiksaan.

Selain membawa muatan barangan, haiwan itu juga terpaksa membawa pelancong yang mempunyai berat badan melampau.

-foto Pieter Cornelissen/Flickr

Keldai mengangkut sekumpulan pelancong ke kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan.

"Sepatutnya haiwan tidak boleh membawa muatan lebih 20 peratus dari berat badan asal mereka.

"Selain pelancong gemuk dan obesiti, beban ditambah juga dengan muatan barangan lain boleh dan ia menimbulkan masalah.

"Sepatutnya ada had muatan. Lebih teruk, mereka membuat kacukan baka keldai untuk mendapatkan spesis yang lebih kuat untuk digunakan dalam pelancongan di sana," ujar Christina Kaloudi, aktivis haiwan di Santorini.

Menurut wanita itu, keldai terpaksa bekerja keras khususnya sewaktu musim percutian.

-foto Help the Santorini Donkeys/FB

Aktivis haiwan mahu had muatan dikenakan agar keldai tidak dianiaya di lokasi pelancongan itu.

Malah, haiwan-haiwan itu juga terpaksa bekerja tanpa diberi air secukupnya dan diikat di kawasan terbuka sahaja.

"Kita tak mahu menghentikan orang tempatan dari menggunakan keldai untuk bekerja.

"Keldai adalah haiwan kuat, mereka akan bekerja semampu boleh, saya memang akui kehebatan mereka.

"Tapi mereka perlu dilayan dengan adil, kita juga mahu keldai-keldai itu dilayan dengan nilai kemanusiaan," ujar aktivis berusia 42 tahun itu. - Unilad

Santorini, keldai, aktivis haiwan

Artikel Lain