suria

'DIY' Pakej Umrah 'Online', Pada Bila-Bila Masa

KUALA LUMPUR: Mengerjakan ibadah umrah mengikut kos dan jadual sendiri antara pakej menarik yang ditawarkan Kumpulan Pengurusan Syarikat Pengembaraan & Pelancongan Sutra (Sutra Group).

Agensi tersebut telah mengorak langkah dengan melancarkan GoUmrah.Travel, sebuah portal tempahan umrah atas talian yang pertama di dunia pada Khamis.

Berbeza dengan syarikat pengendali umrah sedia ada, GoUmrah.Travel memberi kebebasan kepada bakal jemaah untuk menyusun atur jadual perjalanan umrah mengikut bajet masing-masing.

Sejajar dengan perubahan dunia digital, perkhidmatan tempahan secara atas talian ini turut menawarkan pilihan penerbangan, hotel, pengangkutan, insurans dan perkhidmatan lain berkaitan umrah melalui perbandingan harga.

Mengenai visa, ia akan dikendalikan oleh muassassah (agensi umrah di Arab Saudi).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, portal GoUmrah.Travel yang diperkenalkan syarikat itu merupakan pendekatan terbaik dalam memenuhi keperluan jemaah umrah di negara ini.

"Ia secara tidak langsung membuktikan sempadan geografi bukan lagi penghalang," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran GoUmrah.Travel di ibu negara.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Sutra Group, Datuk Syed Mohd Razif Al-Yahya berkata pengurusan visa akan dikendalikan muassassah yang dilantik syarikat berkenaan.

"Bakal jemaah tidak perlu bimbang mengenai kes penipuan umrah kerana GoUmrah.Travel menawarkan perkhidmatan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

Tambah Syed Mohd Razif, GoUmrah.Travel bertujuan untuk menaiktaraf tahap perkhidmatan umrah sejajar era digital yang berkembang pesat.

Sutra menjadi peneraju dalam mempromosikan perkhidmatan pakej umrah melalui platform digital untuk ke peringkat global,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh melayari www.sutra.my

pakej umrah, Sutra Group

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain