suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mara ke suku akhir! Pearly-Thinaah tewaskan regu Indonesia

Aksi Thinaah-Pearly ketika menewaskan beregu dari Indonesia. -Foto Bernama

GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya membenam pasangan dari Indonesia pada Selasa.

Beregu ranking ke-13 dunia itu dilihat menang mudah dengan catatan 21-18, 21-9 ketika menentang Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Apriyani Rahayu yang merupakan pemain nombor sembilan dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pearly-Thinaah bangkit tewaskan bekas juara dunia, hidupkan harapan ke suku akhir

Kemenangan pada aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena, Paris itu sekali gus mengesahkan slot mereka ke suku akhir.

Untuk rekod, pasangan beregu harapan negara ini berjaya mara ke suku akhir selepas mencatatkan kemenangan mengejutkan ke atas bekas juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain