suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zii Jia tepati ramalan, layak ke pusingan 16 terbaik

Lee Zii Jia menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian. Foto Bernama

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan ramai apabila menjuarai Kumpulan G, selepas menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian, pada Rabu malam.

Aksi cemerlang itu Zii Jia sekali gus menyaksikan pemain berusia 26 itu melangkah ke peringkat 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024.

Zii Jia memperoleh kemenangan mudah dengan keputusan 21-10, 21-13 dalam masa 34 mini, dalam perlawanan terakhir kumpulan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena.

ARTIKEL BERKAITAN: Mara ke suku akhir! Pearly-Thinaah tewaskan regu Indonesia

Terdahulu, Zii Jia menewaskan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam tempoh 35 minit, menerusi aksi pertama kumpulan.

Zii Jia seterusnya dijadualkan menentang sama ada pemain nombor sembilan dunia dari Indonesia, Anthony Ginting atau wakil Perancis, Toma Popov bagi menempah slot ke suku akhir.

Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan dalam acara perseorangan mara ke pusingan 16 terakhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain