suria

Tendang, tampar kucing... Kurt Zouma hadapi 3 pertuduhan

Kurt Zouma dihadapkan ke mahkamah kerana mendera kucing. foto PA

PEMAIN pertahanan West Ham, Kurt Zouma dihadapkan atas tiga pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan kerana menendang dan menampar kucing di rumahnya.

Kejadian pada Februari lalu dipercayai dirakam oleh adiknya Yoan, menunjukkan Zouma meletakkan kucing itu sebelum menendangnya di lantai dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniaya kucing peliharaan, Kurt Zouma disiasat polis

Yoan, yang bermain untuk Dagenham dan Redbridge, juga telah didakwa atas dua dakwaan kesalahan berikutan siasatan oleh pertubuhan perlindungan haiwan RSPCA.

Adik-beradik itu dijangka hadir di Mahkamah Majistret Thames di London, United Kingdom pada selasa.

Bintang West Ham itu sebelum ini didenda dua minggu gaji oleh pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan £250,000 (RM180,000) disumbangkan kepada pelbagai badan kebajikan haiwan.

Dua kucing yang didera itu dibawa keluar dari kediaman Zouma oleh RSPCA susulan rakaman video berhubung kejadian.

Kurt Zouma didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan 'penderitaan yang tidak tertanggung' serta satu tuduhan gagal melindungi kucing daripada 'menderita sakit, kecederaan atau penyakit'. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain