suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp disyaki positif Covid-19, terlepas aksi EPL Liverpool menentang Chelsea

Klopp kini menjalani kuarantin dan tidak akan pergi ke London untuk perlawanan di Stamford Bridge.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp akan terlepas aksi perlawanan pasukannya menentang Chelsea dalam Liga Perdana England (EPL) pada Ahad selepas disyaki positif Covid-19.

Klopp dilaporkan mengalami simptom ringan, dengan sumber mengatakan dia 'dalam keadaan sihat'.

Bagaimanapun, Klopp kini menjalani kuarantin dan tidak akan pergi ke London untuk perlawanan di Stamford Bridge.

Pembantu Klopp, Pep Lijnders akan mengambil alih peranan mengendalikan perlawanan itu.

Selain Klopp, tiga lagi kakitangannya juga diuji positif Covid-19.

"Jurgen Klopp akan terlepas aksi Liga Perdana Liverpool menentang Chelsea pada hari Ahad selepas keputusan ujian Covid-19 disyaki positif," kata Liverpool dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Pengurus The Reds, yang melaporkan simptom ringan, kini mengasingkan diri.

"Oleh itu, penolong pengurus Pep Lijnders akan memimpin pasukan bagi perlawanan di Stamford Bridge," kata kelab itu lagi. - ESPN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain