suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo tak gembira di United, luah hasrat sertai Barca

Ronaldo dilaporkan menawarkan diri kepada Barcelona kerana kecewa dengan United.

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo menawarkan dirinya kepada Barcelona dan dilaporkan menghubungi pengurus Nou Camp, Xavi.

Penyerang Portugal itu menyertai kelab lamanya pada musim panas untuk memenangi trofi, tetapi dengan pertukaran pengurus dan permulaan yang buruk untuk musim ini, Ronaldo tidak gembira dan mahu keluar dari Old Trafford.

Menurut laporan Mundo Deportivo, Ronaldo sudah menghubungi Xavi dan pertahanan tengah Barca, Gerard Pique.

Ejennya, Jorge Mendes sudah pun berunding dengan Presiden Barca, Joan Laporta.

Mendes mempunyai hubungan baik dengan Laporta dan kedua-duanya sudah pun berunding mengenai perpindahan itu. - Si.Com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain