suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand muncul juara Piala AFF 2020

Thailand menewaskan Indonesia dengan agregat 6-2 dalam aksi final di Stadium Nasional Singapura, sebentar tadi. Foto: AFP

THAILAND muncul sebagai juara Piala AFF 2020 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 6-2 dalam aksi final di Stadium Nasional Singapura, sebentar tadi.

Skuad kendalian Alexandre Polking itu menang selesa 4-0 pada aksi final pertama Rabu lalu, dan pada aksi final kedua malam ini terikat 2-2 dengan Indonesia.

Terdahulu Thailand dikejutkan seawal minit ketujuh hasil jaringan Ricky Kambuaya.

Bagaimanapaun Adisak Kraisorn menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila menjaringkan gol pada minit ke-54 sebelum disusuli Sarach Yooyen pada minit ke-56.

Indonesia kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Egy Maulana pada minit ke-85 dan keputusan kekal 2-2 hingga tamat perlawanan.

Untuk rekod, Thailand sebelum ini muncul juara Piala AFF pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Piala AFF 2020, Thailand, Indonesia

Artikel Lain