suria

Legenda tinju Evander Holyfield terpaksa jual rumah agam 109 bilik kerana masalah kewangan

Evander Holyfield terpaksa menjual rumahnya yang mempunyai 109 bilik kerana mengalami masalah kewangan. foto Getty Images

IKON tinju heavyweight, Evander Holyfield terpaksa menjual rumahnya yang mempunyai 109 bilik kepada penyanyi rap, Rick Ross setelah mengalami masalah kewangan menjelang akhir kariernya.

Beliau dikenali dengan dua kemenangannya atas bekas juara heavyweight, Mike Tyson dan seri dengan Lennox Lewis, Holyfield di mana merupakan juara yang tidak dapat disangkal dalam dalam kelas cruiserweight dan heavyweight.

Jaguh berusia 58 tahun itu kini dalam rundingan bersama Mike untuk melakukan perlawanan kali ketiga walaupun kedua-duanya telah berusia.

Beliau sebelum ini berakhir dengan rekod di gelanggang dengan tujuh kekalahan dalam 14 pertandingan.

Rumah agam dengan 109 bilik di kampung halamannya di Atlanta di Amerika Syarikat dilabelkan sebagai monumen kejayaannya, tetapi dilelong pada 2008 dengan Ross memperolehnya pada harga £4.2 juta (RM24 juta).

Satu notis undang-undang dari Bank Washington Mutual pada bulan 2008 mendedahkan bahawa harta tanah seluas 54,000 kaki persegi itu akan dilelong kerana penyitaan.

Menurut laporan talkSPORT, tiga perceraian dan kerjasama perniagaan yang gagal telah mempengaruhi kejatuhan Holyfield.

Ini termasuk nafkah yang perlu ditanggung melibatkan 11 anak.

The Independent melaporkan pada 2012 bahawa Holyfield mengalami masalah kewangan walaupun memperoleh £350 juta (RM2 bilion) ketika kariernya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain