suria

Selepas hampir 20 tahun... Ronaldo mohon maaf kepada semua ibu, gaya rambut ‘buruk’ ketika Piala Dunia 2002 menjadi ikutan kanak-kanak

Ronaldo (gambar fail) ketika meraikan kemenangan pada aksi final Piala Dunia 2002 di Yokohama, Jepun. foto AFP

SELEPAS hampir 20 tahun, legenda Brazil, Ronaldo akhirnya mengakui apa yang ramai fikirkan tentang potongan rambutnya pada final Piala Dunia 2002.

Ronaldo tampil hebat dalam semua kejuaraan ketika Brazil berjaya ke temasya sukan di Jepun dan Korea Selatan pada 2002, tetapi menjelang final menentang Jerman, beliau memutuskan untuk mencukur sebahagian rambutnya.

Gaya rambut tersebut tidak kelihatan terlalu cantik ketika itu, dan beliau sendiri mengakui bahawa ia tidak kelihatan sangat cantik.

Beliau masih kekal dengan pandangannya apabila menyedarinya sekarang, tetapi turut mendapati sisi lucu.

"Ia mengerikan!" kata Ronaldo kepada Sports Illustrated.

"Saya meminta maaf kepada semua ibu yang melihat anak mereka mendapatkan potongan rambut yang sama," tambah beliau.

Bukan sahaja di Brazil, malah segelintir kanak-kanak di seluruh dunia meniru gaya rambut legenda tersebut, ketika itu.

Namun, apa yang menarik di sebalik kegilaan itu adalah Ronaldo mendedahkan beliau mengalami kecederaan ringan di otot ketika kemenangan aksi separuh akhir menentang Turki.

Menurut beliau, potongan rambut itu merupakan taktik pengalihan untuk mengalihkan tumpuan orang ramai daripada bercakap mengenai kecergasannya.

"Wartawan terlupa mengenai kecederaan itu," tambahnya. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain