suria

Khabar angin bertiup kencang, betul ke Salah terbuka hati berpindah ke La Liga?

Penyerang Liverpool Mohamed Salah pernah berkata dia 'mungkin' terbuka hati untuk berpindah ke Real Madrid atau Barcelona pada masa hadapan.

MOHAMED Salah sebelum ini menggambarkan Real Madrid dan Barcelona sebagai dua kelab 'hebat' tetapi penyerang ini masih di bawah kontrak bersama Liverpool sehingga musim panas 2023.

Salah memberi isyarat bahawa masa depannya mungkin terletak pada bola sepak Sepanyol di tengah-tengah spekulasi bahawa penyerang itu mungkin meninggalkan Liverpool.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 10 tahun, Sergio Aguero bakal angkat kaki akhir musim ini... tugu patung di Etihad tanda penghormatan City

Walaupun penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini masih di bawah kontrak di Anfield, tetapi dia kini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain dengan Barcelona dan Real Madrid sering disebut-sebut sebagai destinasi yang berpotensi untuk Salah sekiranya dia meninggalkan pasukan dengan jolokan 'The Reds'.

Liverpool bersaing dengan Real Madrid di suku akhir Liga Juara-Juara pada April yang mana kedua-dua pasukan bertemu untuk pertama kalinya sejak final 2018 di Kiev yang berakhir 3-1 berpihak kepada pasukan Sepanyol.

Sejurus selepas perlawanan, Salah menolak kemungkinan yang dia berhasrat untuk berpindah ke La Liga pada masa depan.

Antara aksi Salah bersama Liverpool

Ketika ditanya adakah dia ingin mencuba bola sepak Sepanyol, Salah mengatakan kepada MARCA: "Saya harap dapat bermain bertahun-tahun lagi. Mengapa tidak?

"Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi di masa depan, jadi, mungkin suatu hari nanti, ya.

"Saya berharap dapat melakukan perkara yang sama seperti yang saya lakukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Memenangi piala, menjaringkan gol, membantu pasukan saya memenangi piala.

"Itu perkara yang paling penting bagi saya."

"Apa pun yang berlaku, semua orang akan bersetuju - termasuk kelab saya," tambah Salah.

Salah menyertai Liverpool dari Roma dengan bayaran perpindahan rekod kelab pada tahun 2017 dan pemain berusia 28 tahun itu telah menjaringkan 119 gol dalam 192 perlawanan untuk kelab itu dalam kesemua pertandingan. - skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain