suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpisah selepas 12 tahun kahwin, Hulk bercinta pula dengan anak saudara isteri sendiri

Gambar Hulk (kiri) bersama bekas isteri, Iran (dua, kiri) dan Camila (kanan) yang dirakam sebelum berpisah. Foto: Instagram

PENYERANG Brazil, Hulk yang berpisah dengan isterinya, Iran sejak Julai lalu, kini sudah menemui pengganti.

Hulk atau nama sebenarnya Givanildo Vieira de Sousa kini dilaporkan sedang berpacaran dengan anak saudara kepada Iran, iaitu Camila.

Bintang Shanghai SIPG berusia 33 tahun itu dilaporkan sudah menjalinkan hubungan dengan Camila sejak Oktober lalu.

Camila merupakan anak saudara kesayangan Iran, di mana mereka kerap bergambar bersama berdua dan memuat naik di laman sosial.

Hulk dan Iran berpisah selepas 12 tahun berumah tangga dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

"Hulk memanggil ibu bapa dan saudara lelaki Camila untuk memberitahu mereka kebenaran. Mereka mula berpacaran pada bulan Oktober.

"Ia adalah Hulk sendiri yang mengumumkan berita itu kerana dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa," kata seorang wakil jurucakap kepada laman UOL Esporte. -TheSun

Artikel Lain