suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Rusia tak layan DM Ronaldo di Instagram

Model Rusia, Viktoria Odintcova mendakwa Cristiano Ronaldo pernah menghantar mesej (Direct Message) di Instagram miliknya. Foto: TheSun.co.uk

MODEL jelita dari Rusia, Viktoria Odintcova mendakwa bintang bola sepak antarabangsa terkenal, Cristiano Ronaldo pernah menghantar mesej (Direct Message) di Instagram miliknya.

Bercakap ketika satu pertunjukan di negaranya, Makarena, model itu pada mulanya ditanya sama ada bintang Juventus itu pernah memberikan tanda suka (like) pada salah satu gambar yang dimuat naik dalam laman sosialnya.

Bagaimanapun, model itu sebaliknya berkata, Ronaldo malah menghantar mesej kepadanya menerusi laman Instagram, tidak lama dahulu.

"Ia berlaku, dia (Ronaldo) malah menulis kepada saya. Ia berlaku lama dahulu. Dia menulis 'Hai, apa khabar?'.

"Saya padam mesej tersebut dan tidak membalasnya," kata Odintcova.

Model berusia 26 tahun itu juga menambah: "Sudah tentu saya tidak mahu memberinya peluang, tolonglah! Saya tahu ada lagi gadis yang dia hantarkan mesej. Jadi saya jelas di situ," katanya lagi.

Ronaldo yang juga bekas bintang Manchester United kini bertunang dengan wanita bernama Georgina Rodriguez. - TheSun.co.uk

model, Rusia, Cristiano Ronaldo, Instagram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain