suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rodgers akur kehebatan Liverpool

Rodgers (kanan) akui kehebatan Klopp musim ini.

KEKALAHAN 4-0 kepada Liverpool membuatkan Brendan Rodgers aku dengan kehebatan lawannya itu.

The Foxes yang kini menduduki tangga kedua liga cuba mengekori rapat The Reds, namun dengan keputusan tersebut menjadikan Rodgers menerima realiti sebenar.

Liverpool kini semakin menjarakkan kedudukan dengan kelebihan 13 mata dan hanya dengan satu perlawanan lagi mereka boleh menarik nafas lega.

Skuad Jurgen Klopp kini mengumpul 52 mata dengan 18 perlawanan manakala Leicester 39 mata bagi 19 aksi.

"Mereka sebuah pasukan yang menakjubkan dengan keyakinan tinggi selepas tidak mencatat sebarang kekalahan sepanjang 18 bulan," ujarnya.

Sepanjang dua perlawanan penting sebelum ini, anak buah Rodgers mencatat kemenangan 3-1 ke atas Manchester City namun tewas buat kali pertama di laman sendiri gara-gara Liverpool.

"Dengan apa yang telah dibuat, kami perlu mengejar perebutan gelaran ini.

"Tetapi anda lihat beberapa perlawanan sebelum ini, kualiti pihak lawan serta Liverpool sangat kuat.

"Masih banyak lagi perlawanan, tetapi kebelakangan ini kami berdepan dengan dua pasukan terbaik liga," ujarnya.-Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Lain