suria

Kereta Lamborghini milik bintang West Ham rempuh halaman rumah, pakai kostum orang salji ketika kejadian

Kereta Lamborghini yang dinaiki Michail Antonio merempuh halaman sebuah rumah pada Hari Krismas. Foto Mirror

BINTANG kelab West Ham, Michail Antonio nyaris maut selepas kereta Lamborghini miliknya merempuah sebuah halaman rumah.

Ketika kejadian pada hari Krismas, Antonio memakai kostum seperti orang salji.

Bekas pemain Nottingham Forest itu merempuh ke sebuah kawasan rumah di Balham, selatan London pada kira-kira pukul 6.30 petang Rabu waktu tempatan (2.30 pagi Khamis waktu Malaysia).

Antonio memakai kostum sempena musim perayaan selepas memuat naik video di laman Instagramnya sebelum kejadian.

Bercakap kepada TheAthletic, Kia Rosina yang berada di rumah ketika kejadian berkata: "Makan malam hampir disediakan dan kemudian saya dengar bunyi kuat sehingga menggegarkan satu rumah.

"Pada mulanya, saya ingat ia adalah bas kerana bunyinya sangat kuat. Bila tengok ke luar dan kemudian menjerit nama ibu sebelum keluar untuk melihat keadaan orang di dalam kereta," katanya.

Menurut keluarga itu, Antonio meninggalkan lokasi kejadian bersama penumpang tanpa memohon maaf mahupun membayar ganti rugi kerosakan.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan kereta tersebut masih berada di kawasan berkenaan sehingga Khamis.

Polis Metropolitan dalam satu kenyataan berkata: "Kami menerima panggilan mengenai kejadian di Nightingale Lane, Balham pada petang Rabu, 25 Disember berhubung laporan sebuah kereta merempuh halaman rumah. Sebuah kereta Lamborghini ditemui di lokasi kejadian.

"Dilaporkan ia merempuh papan tanda jalan dan dinding sebuah taman. Pemandu tidak memerlukan rawatan hospital dan tiada kecederaan lain dilaporkan. Tiada siasatan polis dijalankan," tambah kenyataan itu. - Mirror

Artikel Lain